Sunday 21 July 2013

Up. Up. Up

Result UPU dah keluar ea? Hahaha. Congratulation my dearest lover sebab dapat menjadi salah seorang yang bakal keluar dari rumah bulan 9 ni. OTS (On The Skype) dengan dia lepas dia dah dapat result UPU tu.

"Macam mana UPU?"
"Hmmm..Secret"
"Eh betul2 lah"
"Ala orang tak bagitau pun dia tahu kan?"
"Oh really? Con-gra-tu-la-tion my Baby. Dapat dekat mana?"
"Biasa je lah. Tak macam dia dekat Berlin"
"Baby, yang menentukan kita pandai ni bukan tempat kita belajar tapi diri kita sendiri. Baby ingat dekat tempat saya belajar ni tak ada ke orang bodoh"
"Siapa?"
"Terang lagi bersuluh, sayalah"

Okay, kita stop dekat situ. 

Bukan aku nak cakap semua tapi pada aku mostly, manusia ni suka sangat membandingkan antara diri dia dengan orang lain like..

1-Dia pakai baju original, aku ni takat mampu beli dekat bundle je.
2-Dia tu pandai, aku ni dah tenggelam kot kalau ada dekat tempat dia.
3-Tempat dia belajar lagi bagus dari aku, aku memang tak lah kalau tempat macam tu nak bagi aku belajar dekat situ.

Perasan tak yang benda tu yang menjatuhkan motivasi diri kau. Kau jangan asyik harap yang orang akan pujuk hati kau untuk kau. Kau sendiri yang kena cakap dekat diri kau 'kalau aku tak pandai macam dia pun aku still boleh buat apa yang dia buat'. Comparing yourselves with others cuma akan buatkan kau tak semangat untuk buat apa yang kau dah dapat.

 'Kau untunglah belajar dekat luar negara, kerja tentu2 kau dapat punya'

Okay, someone can look at the future. Hello, tak semestinya aku belajar dekat luar negara ni aku akan dapat kerja dengan sekali permohonan je. Tak semestinya aku belajar engineer ni aku akan end up jadi engineer satu hari nanti. Kita ni cuma boleh berusaha untuk gapai apa yang kita rancang tapi rancangan dari Maha Perancang lagi maha hebat dari apa yang kita rancang. 

Orang selalu tanya aku "Mesti best kan dekat Berlin, sejuk, salji". Jawapan aku ye, memang best dekat sini, dulu masa aku dapat tawaran pergi sini aku macam cakap dekat diri aku "Berlin Yawwww!" Aku punya excited nak pergi tu cuma Allah je yang tahu. Tapi pernah dengar kan kata pepatah 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negari sendiri'. Sebanyak mana pun duit kau, sebanyak mana pun emas yang kau ada, batu juga yang kau guna untuk buat rumah. Maksudnya sehebat mana pun negeri orang, kau tetap akan cakap yang tempat asal kau adalah yang paling terbaik yang kau pernah duduk.

Please lah stop membandingkan diri kau dengan orang lain. Aku teringat cerita yang Mama pernah cerita pada aku tentang percaya pada apa yang Allah dah tentukan untuk kita tu lebih baik dari apa yang kita sendiri rancang.

Ada satu pokok ni besar sangat dekat dalam hutan, impian pokok tu, dia nak gapai awan. Dia berusaha sangat untuk capai apa yang dia impikan tu, dia berusaha jadi pokok yang paling subur. Tapi tetap tak dapat juga gapai awan. Lepas dah lama dia cuba, dia tetap tak dapat nak capai awan. Dia putus asa. Satu hari datang sorang lelaki. Dia tebang pokok tu. Dia bawa balik rumah dan dilicinkan.

"Kau buatlah apa saja pada aku wahai tukang kayu. Aku sudah tidak bernilai lagi"

Tukang kayu tu sebenarnya pakar dalam mengukir. Tukang kayu tu jadikan dia satu sebagai ukiran yang sangat cantik sehingga dibida dengan harga yang sangat tinggi dalam pasaran. 

Semacam mana pokok tu serahkan diri dia pada tukang kayu, kita juga patut serahkan diri kita pada Allah lepas apa yang kita impikan tak dapat. Kita bayangkan yang kita ini 'pokok' dan Allah itu ialah 'Tukang Kayu yang Maha Mengukir'. 

Ingat yang 'ukiran' yang dibuat oleh Allah tak akan ada yang sama, tak akan ada yang ditiru atau tak akan ada yang boleh dibandingkan.

Failure isn't a crime. 

Sunday 30 June 2013

Home Sick

Congratulation for those yang dapat sambung belajar dekat IPT, IPTS, Politeknik, KKTM, atau mana-mana yang korang dapat. Pada yang tak pernah2 keluar dari rumah tu, tahniah anda bakal2 atau sudah merasa bagaimana keadaan masa homesick.

First time aku keluar dari rumah masa aku dapat pergi Teknik (dimana sekarang sudah dikenali sebagai Kolej Vokasional). Tapi aku tak kena homesick masa dekat situ. Mungkin masa tu aku patut besyukur yang Allah hidupkan aku dalam keadaan berpasangan iaitu aku kembar dengan Abang. Malam yang Mama tengah sibuk lipatkan baju aku, Papa tengah tengok TV cerita Die Hard. Aku bersuara.

"Papa, boleh tak Papa make our bed close to each other. Like, sebelah2"
"Mana boleh, it will decide by them"
"Tak nak lah, Papa try your very best untuk buat benda tu lah. Buat lah macam2 cara pun. Adik nak tidur sebelah Abang"

Papa aku memang cakap tak boleh. Masa daftar katil dengan dorm tu aku tak tau macam mana tapi Papa berjaya buat katil Abang sebelah dengan katil aku. Aku memang menghadap muka Abang je dari dalam perut sampai sekarang, so memang tak ada masalah. Sejauh mana pun aku pergi, berapa jauh pun aku keluar dari rumah, kalau Abang ada dengan aku masalah homesick tak akan melekat pada aku.

Tapi not fair lah kalau semua orang merasa homesick aku tak merasa. Aku masuk UTP yang aku kena homesick gila2. Mama, Papa dengan Abang baru je balik aku dah start rindu dorang gila2. Aku rasa macam aku nak balik time tu juga. Aku boleh rasa yang homesick aku agak teruk sebab aku setiap satu jam akan call sesiapa je dekat Johor. Aku tak ada lah call sampai menagis2, cuma tanya khabar. PRIDE aku tinggi weh! Orientasi aku tak pergi, lawat bagunan aku tak pergi, game sukaneka aku tak pergi. Aku asyik terperap dekat bilik je. 

Satu hari tu, aku tak tau kenapa. Handset orang yang aku selalu call tu semua mati. Bukan sorang dua, tapi semua. Papa, Mama, Kak Yana, Abang Amil, Abang dengan Budak Comel tu sekali. Semua tu yang aku call tak angkat. Time tu, air mata dah start keluar dari mata aku. Dah lah setiap kali aku keluar bilik semua orang pandang aku macam apa. Free advise! Seriously, kalau emosi kau tengah tak stabil, mentaliti kau juga tak akan stabil, that's why masa aku tengah homesick tu aku pandang orang sekeliling aku macam cakap2 belakang aku, kutuk2 aku, tak suka aku, sampai dorang mengutuk tikus pun aku rasa yang dia mengutuk aku.

Masa aku tengah down gila tu aku kenal Farith Petra. Dia cakap yang dia kawan Budak Comel dekat facebook. Dia bilik sebelah je. He help me to overcome my homesickness. Moral yang aku cuba nak cakap ialah, bila kau kena homesick kau kena cari kawan baru untuk ceritakan masalah kau. Kau tak boleh sentiasa call keluarga kau atau sesiapa yang buat kau rasa macam dekat rumah kau. Kau kena cari kawan baru untuk kau bina 'rumah' baru. 'keluarga' baru. 

Selalunya orang bila dah tengah macam ni baru rasa nikmatnya duduk rumah. Selalunya bila becuti, on the way balik rumah tu rasa macam tak nak balik rumah. Nak stay je dekat tempat bercuti. Kadang2 kita ni tak tau berharganya sesuatu benda kalau kita tak pandang dia dari sudut yang berbeza. Kita tak akan tahu bertapa cantiknya sesuatu kalau belum tengok something yang buruk. Macam Prince, budak kampus tak tau bertapa cantiknya dia bila lepas dijaga dengan betul, sebab dorang selalu nampak dia kucing yang selalu terbalikkan tong sampah untuk cari bacon yang dorang buang, makan benda sembarangan, bulu macam mop lantai,  tidur merata2. Hargai sesuatu walau seburuk mana pun sesuatu benda tu sebab satu hari nanti benda tu yang akan buatkan kau teringat sampai mati.

Lain kali aku cerita pasal Prince pulak.

Tuesday 25 June 2013

Respect Others

Okay, result dah keluar. Alhamdulillah maintain lagi macam dulu. Berbanding dengan Abang, result aku lebih baik dari dia.

Just so you know, aku belajar dekat Berlin, Abang aku belajar dekat Malaysia. Orang ramai cakap yang aku lebih pandai dari Abang aku. Dorang keep comparing aku dengan Abang aku sekarang, dorang cakap yang aku ni lebih pandai dari dorang, aku ni memang layak dekat tempat aku sekarang. Kesimpulannya dorang cakap yang aku ni lebih daripada Abang aku dalam segala hal.

Tapi dorang tak tau, yang aku ada Abang paling cool, paling baik, paling stylo, paling faham aku dalam dunia. Walaupun dia cuma 1 jam tua dari aku, aku hormat dia lebih dari aku pernah hormat sesiapa yang sebaya dia. Aku ada habit yang di mana bila Mama atau Papa aku tanya apa masalah aku, aku akan tipu cakap yang aku okay, tapi bila Abang aku start tanya apa masalah aku, aku akan menagis dekat depan dia masa tu juga. Tanpa aku suara apa2 dia akan faham aku dengan tengok cara aku dia.

Abang is the awesome guy yang Allah aturkan untuk teman aku dari dalam perut Mama sampai aku lahir dekat dunia ni. Aku tak pernah rasa aku malu jadi adik dia sebab aku lagi pandai dari dia, aku tak pernah rasa yang aku patut tinggikan suara aku bila bercakap dengan dia, aku tak pernah rasa yang aku patut kurangkan hormat aku dekat dia semata2 sebab aku ni boleh jadi lebih berjaya dari dia. Aku tak pernah balas pertanyaan Abang aku dengan ayat...

"Kau pehal nak sibuk hal aku?"
"Ada kena mengena dengan kau ke?"
"So?"

Sebab pada aku 3 ayat ni ialah jawapan yang paling kurang ajar seseorang untuk soalan. Aku tak rasa yang kepandaian ialah lesen untuk aku berhenti hormat adik beradik aku sendiri. Tak kira siapa yang aku jadi, berapa jauh aku akan pergi, keluarga aku juga yang aku akan cari kalau aku susah.

*Wipe your tears My Lover.

Friday 31 May 2013

Describing You with Your Favorite Movie.

Le Baby tiba2 mesej aku tanya pasal perangai dia.

"Pada You, I ni gedik ke? Mesti You annoy gila dengan perangai I sebab I ni gedik tak kira tempat, miang. malukan You dekat tempat ramai orang."

Dah kenapa dengan minah ni? Aku ada buat benda yang dia terasa ke? Lama juga aku nak ingat balik apa yang aku dah buat sepanjang hari ni sebab semalam kiteorang mesej okay je. Bergelak sakan.

"Sepanjang 7 tahun I dengan Sayang, I tak peranah rasa yang Sayang ni annoying, gedik semua tu. Sebab tu I still lagi dengan Sayang. I suka kalau You manja, dekat I sorang je"

Saya tak kira apa yang orang cakap pasal awak as long as you be yourself. Jangan berubah sebab orang lain suruh awak berubah. Berubah bila awak dah pasti yang awak akan berubah dan awak dah bersedia nak bangun pagi, tengok cermin dan cakap 'The old me are dead'.

Tapi kalau awak tak happy dengan perubahan yang awak akan buat, awak pasti yang awak tak akan mahu dengan perubahan tu, jangan berubah. Allah beri awak body tu bukan untuk puaskan hati orang lain. Allah ciptakan body tu khas untuk awak, tak ada penyewa, atau pemilik lain. CUMA AWAK. Jadi buat apa yang awak suka dengan diri tu. Jangan sebab perubahan awak tu, buat awak murung, tak selesa dengan diri awak sendiri.

Saya cakap macam ni sebab jujur saya tak pernah rasa annoy dengan perangai awak. Saya tak pernah anggap yang awak ni memalukan saya dengan perangai awak atau awak menjatuhkan imej saya sebagai seorang lelaki bila dengan awak. Mungkin orang yang suruh awak berubah sebab dorang tak kenal siapa awak yang sebenarnya. Atau mungkin sebab AWAK yang tak pamerkan siapa diri awak dekat dorang. Pedulikan apa yang orang nak cakap pasal awak. Dorang nak cakap yang awak ni GEDIK, MIANG, MURAH, TAK ADA MARUAH. Awak biarkan.  Sebab SAYA yang akan cari mereka-mereka yang cakap awak macam tu. So, stay calm and leave it to me. I know how to handle it well. Way too well.

Saya sayang awak.

Saya tahu yang selalunya saya yang buat benda yang dia cakap tu. Saya yang selalu gedik dekat awak, miang malam2 nak dengar suara awak. Tapi awak sanggup layan saya.

I'm sorry if sometimes I be like Harry Potter who want to show he is brave, strong in any kind of situation.
I'm sorry if my brain be like Ronald Weasley's who clueless, scared about everything.
I truly am sorry if I ever be like Draco Malfoy who mean, sharp tongue, and hurt you with my word

But believe me, whoever I be you always know how to act like Ginny Weasley, Hermione Ganger and Astoria Greengrass (I swear I google this name) in a right time, right act and right situation.

People just doesn't have a clue how happy I am to be your lover.

And one more.

I love you like Snape loves Lily.

Monday 22 April 2013

Mai Gad!!

Aku dah lama tak buka Facebook. Lagipun aku memang tak ada masa untuk layan Facebook tu 2, 3 jam baca status budak tak cukup umur mengadu pasal pakwe dia yang mainkan dia, curang dengan dia, sayang sangat kat dia, semua tu.
(Online. Scroll. Scroll. Scroll. Stop)

Sorang admin meletakkan gambar penyokong Parti Pas yang sedang solat dekat tengah jalan dengan caption 

"Pelik-pelik.. Dah tak ada masjid ke nak sembahyang? surau ke? Nak makan nasi pun basuh tangan.. Ini boleh sembahyang kat jalan yang tak tau bersihnya tahap mana.. Kot babi hutan lalu ke apa.. Anjing berak ke. Sembahyang sama bendera DAP "

Aku baca benda tu dua tiga kali. Rehat sekejap untuk fikirkan apa yang dia cakap. Selang 30 minit lepas tu aku terbangun.

"Ya Allah! Banyaknya solat yang aku kena ganti! Dah lah aku solat merata-rata. Dalam lab yang selalu tertumpah bahan kimia, belakang cafe yang orang selalu masuk tak buka kasut, stor tempat kerja yang aku boleh nampak kewujudan binatang seperti nyamuk dan lalat, belakang bangunan kosong yang mungkin pernah jadi sarang penagih. Dengan pakaian yang aku pakai ada tulisan Inggeris, gambar Bruce Lee, baju t-shirt yang ada tulsan jepun. Terlaratkan aku nak bayar solat ni?"

TeeHee!

Kau ni bangang ke apa? Please lah jangan menampakkan yang kau tu sangat bangang. Dekat sini aku solat dekat mana-mana sebab aku tak ada masa nak pergi masjid yang jauhnya lebih 4 kilometer semata-mata mahu menunaikan solat. Maaf, bukan aku cakap yang pergi ke masjid tu suatu pembaziran. Bayangkan gap antara kelas kau ialah 30 atau 15 minit, kau memang tak akan sempat untuk pergi ke masjid yang jauh macam tu. Islam ni mudah, jangan jadikan islam ni susah. 

Kalau ikut apa yang dia cakap. Pengembara tak akan solat lah kalau tak dapat cari masjid atau surau? Sebab tak boleh solat dekat tempat yang belum tentu suci dengan bersihnya. 

Aku tau sekarang ni tengah hebat berkempen untuk GE13. Tapi tolonglah jangan anggap apa yang parti yang kau tak suka tu semuanya salah, parti yang kau sokong je betul. Matlamat kewujudan parti sebenarnya sama iaitu nak tadbir negara dengan aman. Yang membezakan ialah cara pentadbiran je. Jangan lah tak suka sangat dengan orang yang tak sokong parti yang sama dengan kau. Manusia ni akal lain-lain, gaya pemikiran pun lain-lain.

Disebalik perang fahaman politik, aku perasan yang rakyat Malaysia juga terlibat dengan satu jenis perang baru. Perang 'Gwiyomi' 'Kiyomi' 'Giyoumi' (lantak lah macam mana korang eja) Benda ni terjadi dikalangan perempuan comel biasanya. Yang berlawanan sesama sendiri untuk menunjukkan siapa lebih comel walaupun tanpa sedar.

Pada aku tak payah lah Gwiyomi sangat. Kau pakai tudung, tutup aurat, jaga kelakuan. Itu dah cukup Gwiyomi pada aku. Mengada je kembung-kembungkan pipi, buat mata besar, muncungkan mulut semua tu. Baik kau belajar masak masa muda-muda ni. Dah kahwin nanti bukan comel kau yang Mak Mentua kau tengok. 

Comel kau tak boleh bagi anak dia kenyang pun.

Love You to the Moon and back Sweetheart!

Friday 12 April 2013

Should or Shouldn't

Aku dapat satu email dari makcik aku yang tengah binggung nak hantar anak dia belajar dekat mana lepas keputusan SPM dia yang agak tidak memberangsangkan Tetapi....Kenapa aku yang dia tanya? Kerana aku pandai sangat antara sedara, aku ni paling mahir dalam berkata-kata, atau aku ni memang ada bakat dalam menasihat orang? (Diam.Titik disitu sahaja)

Aku nak bagi nasihat pada yang rasa SPM dia hari tu kurang nak puaskan hati mak bapak dia. Yang rasa diri dia layak kerja je lepas result keluar dan yang rasa keputusan SPM dia tak dapat nak bagi dia kehidupan.

First of all, kenapa nak malu dengan apa yang kau dapat? Kalau itu yang terbaik yang kau lakukan, treasure it! Proud of it! Or think of it as a motivation to do better next time. Jangan anggap yang result kau tu penamat hidup. Kalau orang selalu cakap 'Memang kerja angkat sampah je lah kalau keputusan kau macam ni". Yang menentukan kau layak untuk dapat kerja apa ialah diri kau sendiri. Kau jangan biarkan mentaliti orang sekeliling kau, pengaruh kau. Korang ingat aku tak pernah rasa down ke? Family aku keep comparing me with my brother when we were both young (twins). You think I'm happy with that? No! So kenapa sekarang aku boleh prove yang I can do much better than my Abang yang still at Malaysia while I'm here, in Berlin? Sebab aku jadikan cemuhan orang tu untuk aku kedepan, bukan kebelakang. Pergi mati je dengan apa yang orang nak cakap because you know yourself better than those motherfucker.

Second. Kau tak tau nak pergi mana? Swastakan banyak.

"Kau ingat aku ni kaya nak masukkan kau dekat swasta?

Yeah. Heard those word since a very long time. Sebenarnya Mak kau tu bukan tak ada duit nak masukkan kau dekat swasta, tapi dia tak nak kau masuk swasta. Jujur aku cakap, masa aku mohon nak amik engineering dekat German-Malaysian Institude (GMI) ramai gila yang batah. Korang tau sebab apa? Sebab orang pandang pelajar yang masuk swasta ni budak-budak kurang cerdik je. Yes, Mama aku salah seorang yang termakan dengan benda tu. (Sorry Mama). Sebab aku sayang Mama aku, aku tak teruskan niat aku nak masuk GMI, terus masuk UTP. Sebenarnya, tak pun. Kawan aku yang MRSM, SMS, SBP, Kolej Melayu Kuala Kangsar yang dapat straight A, banyak je end up dekat kolej swasta. Kolej2 swasta ni memang suka membazir duit untuk hantar surat2 pada pelajar yang baru habis SPM. Try buka setiap satu surat yang kau dapat tu, manalah tau bidang yang kau minat, ada kolej yang tawarkan dekat kau. Masa aku dapat surat tawaran Kolej Mara Banting dalam bidang Medicine, kenapa aku tolak? Bila dengar KMB je semua respect, tapi aku tolak. Sebab aku nak amik bidang yang aku suka, bukan bidang yang datang pada aku. Pergi je dekat swasta, PTPTN banyak. Pedulikan je apa yang orang cakap.

Lastly. Mesti ada yang menyalahkan Allah kan sebab tak makbulkan doa kau untuk dapat keputusan baik? Kita siapa kalau nak dibandingkan dengan Allah? Kita ni hamba je. Kalau sesuatu yang Allah dah bagi dalam hidup kau, hargai sebab benda tu akan jadi sesuatu yang berguna dalam hidup kau. Allah aturkan supaya kau dapat keputusan macam tu, mungkin sebab kau bakal kecundang dekat universiti, mungkin sebab bila dekat swasta, kau dapat best student atau dapat penghormatan dekan. Aku ada satu cerita.

Ingat lagi tak cerita Titanic? Ingat lagi macam mana Jack boleh dapat tiket naik Titanic?

Aku bukan nak cerita pasal Jack, aku nak korang amik iktibar dengan kekalahan orang yang perjudikan tiket dia dekat Jack. Dia kalah, dia tak dapat naik Titanic. Bermakna dia hidup, kan? Kalau lah dia menang judi tu, itu mungkin jadi permulaan derita dia, yang terpaksa selamat kan diri dari kapal karam, akhirnya mati dekat tengah laut.

Kekalah dia adalah permulaan bahagia dia. Pada aku tu cara Allah nak selamatkan hidup dia. Kau kena ingat yang Allah tak akan selamatkan kau dengan mempamerkan lagak ngeri depan kau. Dia akan buat sikit-sikit supaya kau boleh bertatih ke atas. Kau kena rasa macam mana jatuh dulu baru kau akan tau macam mana cara untuk bangun semula. Maha bijaksana kan Allah?

So, buck up lah! Face it!

I love You to the Moon and back Sweetheart

Saturday 6 April 2013

I Love You








I Love You to the Moon and back Sweetheart
p/s: Aku tak rela muka lover aku di tatap orang ramai..

Thursday 14 March 2013

Being Gay? I'm Not Asking For It.

Aku baca satu article pasal gay dengan lesbian dekat satu blog orang melayu ni. Malaysia. Post aku ni cuma untuk review and komen sikit lah pasal article yang dia buat and aku harap sampai dekat dia.

Blog dia pada aku amat bias. Because he keep saying being gay are wrong, dilaknat Allah, Nabi tak mengaku umat, dimasukkan dekat dalam neraka yang paling panas. Walaupun dia cakap yang dia amik side neutral, which mean tak cakap yang benda tu salah dan tak cakap yang benda tu betul tapi dia lebih ke arah meyalahkan golongan tersebut dan meletakkan hukuman pada golongan yang macam tu.

Aku amik side neutral sebab aku nak betulkan pemikiran blogger tu macam mana side neural yang sebenarnya.

*********************************

Semua orang tau yang jadi gay ni salah. Allah laknat. Sebab dalam Al-Quran sendiri dah ada bukti tentang kaum Nabi Luth yang dilaknat Allah sebab mengamalkan gaya hidup songsang macam ni. Baca apa yang aku tulis "DILAKNAT ALLAH" bukan "MANUSIA" "NABI" "IMAM" atau sesiapa dekat bumi ni. 

Jadi. Kau siapa? Aku siapa? Masyarakat tu siapa? Layak ke kau, aku, mereka, meletakkan hukum atas satu benda yang aku, kau, mereka langsung tak layak? Sebelum kau mengata dan meletakkan hukum malah menempatkan mereka sama ada di neraka mana kau kena tau "Dorang mungkin menjalani kehidupan yang hanya melayakkan dorang dihumban ke dalam neraka, tapi tak mustahil dorang ada satu pahala yang buatkan dorang layak masuk syurga" 

Contoh. Dorang ni Islam tapi gay. Dorang buat misi kemanusiaan sukarela dekat GAZA dan syahid dekat situ. Kau mesti tau kan yang orang yang mati dalam keadaan syahid tidak akan dihisab malah di masukkan dekat dalam Syurga dan diangkat darjatnya oleh Allah. Mungkin dia dapat syurga yang lebih tinggi dari korang, korang tak akan tau. KunFaYaKun (Jika Allah mengkehendaki sesuatu maka itulah yang akan jadi). 

Kau cerca dorang, kau letakkan dorang dekat lapisan masyarakat yang paling rendah. Korang pernah tanya apa yang dorang rasa? Binatang pun tau sama ada orang suka dia pun tak, inikan lagi manusia yang sempurna akal fikiran. Bohonglah kalau dorang tak kisah. Walaupun dorang cakap yang dorang tak kisah dengan apa yang masyarakat fikir, tapi mesti ada sikit dalam hati dorang yang kisah tentang apa yang orang cakap pasal dorang. Contohnya, gay tak akan jalan berpaut2 dekat khalayak ramai. Itu bukti yang dorang still fikir apa yang semua orang fikir pasal dorang. Tau tak doa orang yang selalu di cerca, di hina, di malukan ni Allah makbulkan tau. Tak kiralah dia doa yang baik atau yang jahat, semua makbul. Bayangkan time kau cerca dia, dia doa kau mati accident kepala putus bawah lori, badan dekat longkang. Makbul tau. Lain kali mulut tu jaga. 

Kau niat untuk sedarkan dia tu memang betul. Tapi adakah cara pendekatan kau untuk sedarkan dia tu betul dan kena pada tempat? Kau kena kaji benda alah tu. Menegur biarlah kena dengan tempat dan cara. Itu benda first yang kau kena fikir sebelum kau nak bagi usrah panjang2 dekat orang gay ni. Sebab bukan dorang yang datang tempat kau then cakap,

"Saya ni songsang, saya nak tau la apa pandangan awak untuk ubah orang macam saya"

*******************************************

"Bukan aku yang mintak ada nafsu songsang macam ni"

Memang kau tak mintak ada nafsu macam tu, tak ada orang yang salah kan kau sebab kau ada nafsu. Tapi yang buat orang marah sebab kau redha dengan nafsu kau yang macam tu.

Sama ada kau redha atau tidak dengan nafsu kau akan menentukan sama ada kau akan melakukan maksiat atau taat kepada suruhan Allah. Aku tak pandai kalau nak berhujah bab agama ni. Aku rasa kalau kau nak dapat panduan yang tepat kau buka lah forum agama yang ada dekat internet atau ceramah2. Aku cuma nak sedarkan au guna cara aku.

First sekali aku nak kau tau yang Iblis ibarat pendatang haram. Nafsu pulak ibarat tuan rumah yang mengizinkan pendatang haram tinggal di rumahnya. Dekat mana ada nafsu dekat situ iblis duduk. Kenyataan ni memang tak boleh sangkal sebab nafsu ialah satu2nya sifat jahat kita yang meletakkan kita dalam dua keadaan. Sama ada kau tunduk pada nafsu atau tak pedulikan apa yang nafsu kau nak. 

Kau cakap bukan kau yang nak ada nafsu songsang macam ni tapi kau yang menyebabkan nafsu dapat kawal kau sepenuhnya. Iblis cuma mampu goda kau tanpa dapat gerakkan tubuh badan kau, nafsu kau yang terima godaan iblis yang akan buatkan kau ikut dengan telunjuk iblis. BerTuhankan Iblis kah kau? 

Tapi kau kena ingat, tak ada satu kuasa pun dalam dunia ni dapat tandingi kuasa Allah. Setiap apa yang kau buat, DIA yang izinkan. DIA izinkan iblis tinggal dalam nafsu kau sebab DIA nak uji sama ada kau akan taat pada nafsu kau atau kau akan taat pada DIA. Kalau kau dah jadi Gay, bermakna??

*************************************

Dekat tempat aku ni ada je orang gay. Tapi kiteorang tak pernahlah sampai bila nampak dorang jalan, kiteorang baling batu ke apa semua tu. Kita cuma hormati orang. Bukan sebab kiteorang hormati dia sebab dia lain agama dari kita dan agama dia okay je bila dia buat benda tu. Tak ada satu agama pun yang menghalalkan gay. Cuma kita tak tau dekat mana kedudukan dia bila nak banding dengan kita.

Tak payahlah nak maki2 orang gay sangat2 atau melindungi golongan ni sangat2. Sebab dua2 keadaan tu salah.

Assalamualaikum

Love You to the Moon and back Sweetheart

Wednesday 13 March 2013

Appetite

Anak Mama yang jauh diprantauan ini sedang kebulur Mama.

Tekak aku sekarang nak makan asam pedas, lemak cili api, nasi tomato, nasi baryani, siakap tiga rasa, makanan melayu semua aku nak makan sekarang ni.Ya ALLAH! Dugaan apa yang KAU bagi pada aku ni. Meminta sesuatu yang peratusnya untuk diperolehi kurang dari 0.000001%. 

Aku tau yang makanan yang aku nak memang aku tak akan dapat dekat sini. kalau dulu dekat Malaysia, mak aku masak tom yam, sweet sour, asam pedas aku punya belagak sampai keluar makan lamb chop, chicken chop, beef chop, pasta, ala-ala western. Kalau air pulak, dekat rumah dah ada milo, sirap, sarsi, oren segala tu aku pergi kat old town. Konon-konon nak minum coffee dari mesin espresso. Bila dipikir kan balik aku akan cakap dekat diri aku "Betapa bangangnya kau Faieszt suatu ketika dulu"

Aku tak selalu makan dekat luar sebab aku tau yang peradapan makan orang Asia dengan orang Europe adalah berbeza sama sekali. Aku amik contoh hari tu. Aku dengan Zakwan baru balik dari kelas. Even though kiteorang lain course (Aku Pharmaceutical and Chemical. Zakwan Technical) kiteroang selalu balik rumah sama-sama. Sebab dah lapar sangat, kiteorang makan dekat satu restoran. Makan pasta je kot. Korang tau satu pinggan pasta yang pastanya cuma ada dekat tengah-tengah pinggan harganya hampir RM30 duit Malaysia. Tapi sebab orang nak belanja kan. Aku telan je. Kalau kita dekat Malaysia kita akan tambah sos untuk merasakan makanan, tapi dekat atas meja kiteoang cuma ada serbuk black paper, garam dengan lada sula. Nama aku nak tambahkan seasoning yang macam tu dalam makanan aku, memang tak lah. Aku makan macam biasa. Dah bendanya sikit dan kita tengah  lapar, of course lah kita akan habiskan makanan tu satu pinggan. Bila pinggan aku dengan Zakwan licin, orang dekat tepi tengok kiteroang lain macam. Dorang tak pernah tengok pinggan lepas habis makan ke?
Kita dah di ajar mak bapak kita kan bila kita makan tak habis mak bapak kita akan cakap.

"Kenapa tak habiskan nasi tu. Malam-malam nasi tu datang menagis dalam mimpi kau"

Aku tau sebab itu ayat Mama dengan Papa aku selalu cakap kalau anak dia yang kembar ni tak habiskan nasi dekat pinggan. So bila aku datang sini aku tengok orang sini makan baru dua tiga suap dah tolak pinggan. Itu ke nikmat yang dia dapat lepas bayar ber-Euro2?

And makanan Asia adalah lebih sedap dari makanan sini! Dekat sini untuk dapat makanan yang kita selalu makan dekat Asia macam Kari, Nasi Baryani semua memerlukan modal yang tinggi. Aku check harga nasi beryani yang ada dekat Hannover, harga dia dalam 50Euro macam tu untuk satu pinggan. Aku rasa kalau tukar duit Malaysia mampu kot nak tanggung jemaah masjid datang kenduri arwah.

Pengakuan jujur aku cakap. Kalau korang tak suka makan kari yang mak korang buat tu korang suka kan lah sebab dekat luar negara kari yang ada memang rasa macam layak buang dalam tong sampah je. Aku tak tau apa yang dia tambah dekat kari dia sdampai rasa macam tu rupa. Aku berbual dengan sorang orang Jepun ni. Sebab kiteroang makan dekat kafe kampus. Aku cakap lah yang rasa dia lain. Boleh dia cakap, biasa je dia rasa. Aku buat conclusion yang kari dekat Jepun yang orang Jepun selalu makan tu ialah tak sedap sama sekali. 

Aku post ni bukan sebab aku nak perli makanan yang ada dekat sini (memang tu sebenarnya) aku cuma nak korang bayangkan kalau korang dekat tempat aku. Macam mana rasanya makan makanan yang langsung tak kena dengan selera kau, bukan je tak kena dengan selera kau, makanan yang kau tak akan makan pun bila ada depan mata kau. Itulah yang aku kena lalui. Kau tak payah nak perli cakap yang makanan kedai lebih sedap dari masakan mak kau sebab biasanya manusia ni barang percuma memang selalu tak hargai. Bila dah tengah sempit, nazak, kebulur nak mati baru ingat balik.

Aku cakap ni bukan sebab aku nak takut kan sapa2. Aku cuma tak nak kebangangan aku dilakukan oleh orang2 macam korang ni.

Assalamualaikum.

Love You to the Moon and back Sweetheart.

Tuesday 5 March 2013

Agama? Layakkah saya?

Sejak aku sambung belajar dekat German, aku dah buat account instagram for case mak bapak aku rindukan aku atau nak tengok macam mana saiz badan aku sekarang. Makin gemuk or makin kurus. Aku rasa makin sihat sebab makanan kalau tak makan satu hari tu memang rasa macam nak mati. Selalu memang aku upload gambar apa yang aku tengah buat. Like baca buku, buat experiment, semua tu aku masukkan dalam tu. Best amik gambar ni sebenarnya. Tapi ke-best-an aku terbantut hari ni sebab ada sorang yang follow aku dekat instagram tu tegur aku.

"Kau selalu upload gambar yang tak guna buat apa, baik kau upload gambar yang boleh menyedarkan  umat sikit. Hadis ke, firman Allah ke. Lagi lah dapat berkat!"

Aku ada sorang kawan masa aku dekat Malaysia. Nama dia Yus. Aku panggil dia Yus je. Kawan2 semua panggil dia Yus. Mak ayah dia pun panggil dia Yus. Maka nama itulah yang kami saya gunakan unuk memanggil dia tanpa bertanya siapa nama dia yang betul. 

Yus ni selalu bagi mesej yang jiwang2 dekat awek dia sampai awek dia cair gila dengan dia. Antara mesej yang selalu di hantar ialah.

Pertama: "Kalau awak nak tinggalkan saya saya sanggup naik bas balik kampung semata2 nak pujuk awak, Kalau bas tak ada saya berlari wak. Saya tak boleh hidup tanpa awak"

Kedua: "Awak nampak tak bulan tu? Itulah saya, saya selalu dengan awak"

Ketiga: "Saya tak peduli orang nak cakap apa pasal awak, yang penting saya sayang awak lebih dari apa2 pun"

Meremang bulu roma aku menaip ayat2 ni okay!Kenapa boleh ingat? Sebab Yus ni selalu gunaka ayat yang sama dengan setiap perempuan yang jadi awek dia. Punya lah dia bersumpah setia bagai tak nak pisah dengan perempuan tu padahal pergi kursus kahwin pun belum. Tapi bila time putus tu dia buat perangai sial dia dengan mainkan duit perempuan semua tu. 

Moral yang aku cuba nak bagitau dekat korang ialah. Tak semestinya orang yang selalu post benda2 islamik tu baik2. Buat apa aku nak post benda islamik macam hadis2 kalau aku sendiri tak mengamalkan apa yang aku post? Kalau Allah tanya, apa yang aku nak jawab?

Aku tak post bukan sebab aku rasa malu nak jadikan diri aku ni nampak alim dekat mata semua orang. Aku belum rasa yang aku layak untuk dianggap semacam tu punya rupa sebab aku ni hidup pun perlukan orang untuk pimpin aku lagi. Belum ada tongkat sendiri pun untuk berjalan sorang2.

Buat apa berlagak alim dekat mata manusia kalau pada pandangan Allah kita ni belum layak untuk cium bau syurga.?
Buat apa sibuk mahu membetulkan orang kalau sendiri sudah pasti kekurangannya?
Buat apa sibuk mempopularkan diri hingga boleh dianggap sebagai imam kalau Nabi Muhammad pun kita belum tentu akan panggil kita solat dengan dia atau tidak?
Buat apa menegakkan agama kalau dalam diri tak ada lantai pun untuk mendirikan tiang agama?
Buat apa mahu memutihkan hati insan lain kalau dalam diri sendiri belum tentu bersihnya?

Assalamualaikum.

Love You to the Moon and back Sweetheart

Sunday 24 February 2013

About Her Cats and The Motherfucking Snake

Jujur aku cakap yang aku buat satu account twitter hanya untuk aku berbual dengan Budak Comel sahaja. Aku tak akan follow orang lain kecuali Budak Comel. Tujuan aku create twitter accout yang tu sebab aku nak tau perkembangan Budak Comel je dekat sana. Yes! I love Her so Fucking Much! Banyak kali juga la orang follow aku tapi sebab aku tak follow dorang, dorang terus unfollow balik. Sorry kalau nak aku follow korang sila follow aku dekat account aku lagi satu. Tapi pandai2 lah korang nak cari account aku tu yang mana sebab aku memang tak akan nak bagi korang benda alah macam tu senang2.

Hari Jumaat hari tu dalam pukul 4pm lebih macam tu aku tengok twitter. Budak Comel buat satu post "Rest In Peace Sayang. I love You" Masa tu bukan aku nak cakap apa. Dalam kepala otak aku "Makhluk mana pulak yang bagitau awek aku yang aku dah mati ni? Kebodohan apakah ini?" Aku reply tanya benda alah tu dengan harapan yang dia akan terkejut sebab orang yang dia anggap dah mati ni sebenarnya hidup and sihat walafiat macam lembu jantan.

"Kenapa ni Biee?"
"Awak!!!"
"Kenapa ni sayang? Anything bad happen to you Dear?"
"Kucing yang I selalu cerita dekat You tu dah mati"

Dia ceritakan apa yang buat dia jadi macam tu. Stray cat yang dia amik tu kena langgar. She so cat lover more than Faieszt Faurzarn Lover.

"I call You nanti"

Aku dah buat janji dengan dia. Tapi macam mana aku nak call dia padahal aku ada lab yang aku kena attend. Kalau aku nak tunggu lab habis baru aku nak call dia memang dah lambat gila lah masa dekat sana.

Aku ada geng dengan student dari banyak negara. Sebab kiteroang buat kerja satu group, tu yang jadi rapat sampai sekarang. Satu je yang boleh buat aku keluar awal ialah DIHALAU. Sekarangkan tengah fenomena Harlem Shake. Gila tak gila aku buat Harlem Shake dengan kawan2 aku. Aku dengan 5 orang kawan aku kena halau keluar makmal. Bagi pelajar Pharmaceutical and Chemical Engineering seperti saya, dihalau keluar dari makmal ibarat dihalau keluar dari rumah okey. Dengan perasaan bangga aku dengan kawan2 aku keluar dari situ. Prof cakap "This is the very first in faculty history student been chase out from lab". Maka sila2 lah masukkan nama kami ber-6 dalam faculty board ye.

Aku call Budak Comel, dia tak angkat. Maybe dah tidur kot.

Pagi tadi baru aku call dia. Aku ingat nak biar dia reda sikit dengan perasaan dia. Aku bukan boleh dengar awek aku ni menangis, tak keruan aku beb! Aku call dia pukul 2 pagi besamaan pukul 9 pagi waktu Malaysia. Tengah berbual tu dia menagis jugak.

"Kalau I tau siapa yang langgar kucing I tu I langgar balik benda yang dia sayang. Biar dia rasa apa yang I rasa"
"Issh Baby ni. Itu dah memang ajal dia. Kalau dia tak mati kena langgar, dia tetap akan mati walaupun cara lain. Kita siapa nak ubah apa yang Allah dah tulis?"

Dia diam. Lepas tu aku dengar dia sedu2 tahan nagis.

"Baby janganlah menagis macam ni."
"You tau tu baru sekor. Semalam I keluar nak tengok anak kucing dekat belakang rumah sebab tiba2 dia menjerit. You tau, I nampak ular tu dah bergulung lah. Anak kucing tu dah kena belit dengan ular tu. You mana tau? I terpegang ular tu time I tengah raba2 tau."
"And then?"
"Ayah bunuh ular tu. Time ayah nak rejam dengan besi perejam tu terkena anak kucing. I tak tengok macam mana cara Ayah nak bunuh ular tu. Masa tengah bising2 tu Ayah cakap yang dia terejam anak kucing yang ular tu belit. I dah bayangkan yang kepala anak kucing tu putus You tau!"
"So how's the kitten?"
"Ayah terejam bahu dia je. Nasib baik besi rejam tu tak kena kuat dekat kitten tu"
"Dah hantar pergi Vet?"
"Masa sekarang ni kiteorang rawat dia dekat rumah je. Hari Isnin nak bawak dia pergi klinik"
"Banyak betul air mata Baby saya ni keluar tiga hari ni ye"

Aku memang tak pelik kalau dia bagitau yang rumah dia selalu masuk ular. Dia duduk dekat dengan hutan. Lepas tu rumah dia banyak kucing pulak tu lagi lah menarik perhatian ular tu.

"Baby, I rasa rumah You dah boleh buat show Ular sawa batik lah. Sebab banyak ular sawa batik dekat rumah You tu. Kalau ada Anakonda pun best juga. Macam dekat sungai Amazon tu"
"Boleh. You lah jadi makanan dia."

I love You to the Moon and back Sweetheart

Monday 11 February 2013

Oreo? Yuck!

Tadi aku masuk bilik Zakwan, aku nampak dia tengah mengunyah something.

"Kau makan apa tu?"
"Oreo. Kau nak?"
"Yuck!"

Biskut yang aku paling benci sekali OREO. Please jangan jemput aku makan benda alah tu kalau korang tengah makan. Aku tak akan terasa pun kalau kau tak jemput aku.

"Kau tak de kerepek pisang ke, kerepek pedas ke, kerepek kacang ke?"
"Kau ingat kita ni kat mana? Aku taulah negeri kau terkenal dengan kerepek, kau tak payahlah sampai nak bawak meroyan kau sampai Berlin doh"

Aku ingat lagi masa aku ada buat sesi photography dengan Budak Comel. Dekat dalam beg SLR yang dia bawak mesti ada sekurang2nya 2 paket Oreo dengan 2 batang lollipop. Setiap kali rehat 10minit atau 15minit dia mesti makan Oreo tu. Oleh sebab aku ni Pakwe dia, aku makan dekat sebelah dia.

"Faieszt nak sikit?"

Aku serba salah nak tolak. Kalau aku tolak cakap yang aku tak hargai dia, kalau aku amik, aku yang merana dengan rasa dia.

"Ermm..Baby makan jelah dulu. Faieszt tengah makan roti ni"

Seriously memang banyak kali dia hulurkan benda tu dekat aku. Sampai lama2 tu aku tak tahan sebab selalu tipu dia, bagi banyak gila alasan untuk menolak. Aku confess jugak.

"Sebenarnya Faieszt tak suka Oreo ni Baby. Faieszt tak suka dengan rasa cream dia."
"Kan sedap."
"Eee..Tapi Faieszt memang tak boleh terima"

Dia tengok je aku.

"Kenapa?"
"Akma suka cream dia tak suka dengan biskut dia. So Akma makan cream dia, Faieszt makan biskut lah"

Memamg dia buat apa yang dia cakap tu. Aku makan biskut, dia makan creamnya. Maybe sebab dia risau yang aku tak berapa nak makan benda manis dari pagi, lepastu aku kena pose dekat tengah2 panas. Kalau aku pitam susah pulak orang nak layan aku. Thanks Baby!

Tapi seriously memang banyak gila stock Oreo Zakwan ni. Salah satu sebab aku tak suka Oreo ni sebab rasa dia. Lagi satu sebab Oreo ni mahal gila dekat sini. Aku biasanya ikut Zakwan beli stock Oreo dekat satu ekdai cookies ni. (Aku rasa kalau bawak Budak Comel, memang aku kena heret dia keluar. Kalau tak memang tak akan keluar) Orang kedai tu kira Oreo ni guna kg. 1kg dalam 7Euro macam tu bersamaan RM29.10. Berapa kilo beras yang aku boleh beli kalau aku kat Malaysia?

Love You to the Moon and back Sweetheart..

Sunday 10 February 2013

Pronunciation

Hari ni ada sorang assistant makmal datang tempat aku time aku tengah sibuk siapkan kerja2 makmal.

"You are not cetizen right?"
"I'm Malaysian"
"I'm Izzobelt"

Itu apa yang aku dengar dengan apa yang dia cakap. Dia hulur tangan tapi aku tak sambut. ALHAMDULILAH YA ALLAH!! IMAN DI DADA MASIH KUAT!! Dengan berbekalkan cahaya keimanan di muka, aku jawap jugak.

"Faieszt"

Dia tengok student ID aku.

" Fisazt"

Who the fuck she think she is to pronounce my beautiful name like fucking ugly name like that?? Aku pantang doh kalau orang salah sebut nama aku. Elakkan aku amik chloroform dekat depan aku bagi dia minum je ni. Tapi memandangkan dia perempuan tahan aja lah walaupun tangan menggigil nak menyepak muka beliau.

"Faieszt."

Aku tulis dekat kertas beb. Fa-Ie-Szt. Tapi dia still cakap nam aku salah jugak memang tak ada cara lain. Terpaksa gunakan taktik ni walaupun aku tak suka nak guna. Tulis dekat kertas Far-East. Aku memang benci gila nak kenalkan orang nama aku dengan cara macam tu. Ah Sial la! Phuii!!

Berbual dengan dia. Aku panggil nama dia boleh dia gelakkan aku. Memang mencabar kesabaran lah berbual dengan minah saleh ni.

"Why You pronounce my name like that?"
"Why? Am I say it wrong?"
"No. It is weird. My name is Izzobelt not Izzobelt"

Dia terangkan macam mana pun aku dengar tetap sama je. Dia amik pen aku eje nama dia. Isobel rupanya nama dia.

Itu salah satu masalah yang aku hadapi bila dekat sini. Lidah dorng keras kematu bila nak sebut bahasa inggeris. Kesan minum arak terlebih mungkin?

Wednesday 6 February 2013

Dear Mama

Assalamualaikum Mama.

Mama, Adik minta maaf sebab Adik tak banyak bagi email dekat Mama kebelakangan ni, Adik sibuk sangat bulan ni sebab Adik kena banyak habiskan masa dekat makmal. Dekat sini tak macam dekat UTP  Mama, sebab Adik kena sentiasa peka dengan apa yang orang sekeliling cakap. Kamus bahasa memang kawan baik Adik dekat sini. Adik buat post ni sebab Mama selalu baca blog Adik. So, kalau Adik nak cakap apa2 dekat Mama I'll just write here je lah.

Mama, Adik rindu sangat dekat Mama. Adik rindu nak makan masakan Mama. Nasi Ayam, Nasi Goreng, Sup Tulang even telur goreng yang Mama buat tu pun Adik rindu sekarang. Sorry sebab dulu Adik selalu tak makan apa yang Mama masak, selalu merungut kalau makanan yang Mama masak tu tak kena dengan tekak Adik. Sekarang Adik dah faham. Mom's cook are the best we ever had in this world. Allah tu Maha Besar kan Mama? DIA ada cara DIA yang tersendiri untuk betulkan kesilapan Adik pada Mama. Mungkin ni cara DIA untuk ingatkan apa yang Mama buat untuk Adik. Dulu Mama balik dari butik terus masak untuk kitaorang. Adik tak rasa yang benda alah tu berat pun tapi sekarang Adik dah rasa macam mana penatnya nak masak lepas balik dari kelas. Kalau tak masak berlaparlah Adik dekat dalam bilik. Kalau nak beli je memang tak dapat balik raya lah Adik tiap2 tahun.

Mama, dekat sini sejuk sangat. Kadang2 pernah sampai -6c pagi2. Ini sekarang pun tengah daylight saving which means night are longer than daylight. Dalam pukul 4 tu memang dah start gelaplah. Masa sekarang ni Solat Maghrib masuk pukul 5pm. Solat Isyak pulak masuk dalam pukul 7pm macam tu. Mama jangan risau, Adik jaga solat Adik dekat sini. Mama selalu cakap "Tinggi apa pun kita terbang, jauh macam mana pun kita lari, dalam macam mana pun kita selam. Allah tetap yang mengizinkan semua tu". Adik ingat lagi benda tu sampai sekarang Mama.

Adik dah buat janji dekat Mama yang Adik tak nak bergaduh mcam yang Adik selalu buat dekat Malaysia. Adik pegang lagi janji tu Mama. Adik nak belaja jadi orang sabar dekat sini, walaupun macam2 jadi dekat Adik, Adik tak akan mengamuk, hilang sabar ataupun angkat tangan dekat sapa2. Adik tak bagitau dekat sapa2 pun yang Adik ni tali pinggang hitam karate Mama. Macam yang Adik janji dulu. Hari tu kawan Adik satu rumah bergaduh, Adik selesaikan cara baik Mama. Adik tak angkat tangan walau satu cm pun Mama. Petanda baik kan?

Dekat sini Adik jaga makan minum Adik. Malas macam mana pun Adik, Adik tetap jaga makan minum adik. Thanks Mama sebab Mama hantar barang dapur macam yang Adik mintak hari tu. Semua cukup. Cuma Adik pandai masak benda yang simple2 je. Mama tau tak, 3rd day after I reach here, Adik tiba2 nak makan nasi goreng. Adik tak tau nak contact siapa, Adik minta recipe Nasi Goreng dari Akma. Itu pun lalu Twitter. Alhamdulillah  Sedap Mama. So buat masa sekarang ni kalau Adik rasa nak makan nasi, Adik cuma buat Nasi Goreng je sebab buat benda tu je yang Adik tau.

Baru Adik tau macam mana sayangnya Adik dekat Mama. Kalau dulu, Adik malu nak cakap dekat Mama mcam mana punya sayang Adik pada Mama. Sekarang Adik rasa macam nak jerit je kat Berlin ni yang Adik sayang sangat dekat Mama kalau boleh biar sampai Malaysia suara Adik tu.

Adik harap yang Mama sihat.

Love you till death Mama.
-FaiesztFaurzarn-

Tuesday 5 February 2013

Tumor? Really? Liar!

Budak Comel seriously buat aku bergelak tak sudah hari ni dengan chat yang dia hantar sebelum aku pergi kampus..

Pagi tadi aku tengah sarapan tiba2 aku punya chat email aku bunyi. Tengok2 Budak Comel yang hantar chat tu dekat aku.

"You. I nak tanya sikit. Can car accident cause brain tumor??"

Seriously aku tak tipu benda alah tu buat aku betul2 tak boleh nak berhenti ketawa. Ehh!!! Banyak tengok TV ni lah jadinya..

"Mana ada Baby.. Tumor tu are caused by cells which multiply in erratic way, usually the result of some mutation of the genome la sayang."
"That means??"
"There is no on earth that car accident can cause brain tumor. Ok for gain your knowledge more I'll tell you. Cancer happens when your cells mutate but don't get cleaned up by your immune system. It is biologically impossible to develop a tumor from a car crash."
"I get it thanks"

Aku sense yang something not right. Kenapa pulak Budak Comel ni tanya aku soalan yang macam tu pagi2 ni. Or maybe dekat sana dah petang kot.

"Why You suddenly ask me that kind of question?"
"Hahaha. You know I just think to make a perfect lie with that thing on You."
"But I caught You up"
"Yup2.."
"Seriously, what is it??"

Agak menipulah kalau dah lepas 7 tahun aku dengan dia pun aku still tak boleh nak faham dia. Dia ceritakan benda alah yang dia tak nak bagitau aku mulanya.

Benda ni pasal adik sedara dia yang couple tapi lelaki tu bagi dia alasan brain tumor untuk end diaorang punya relationship. And bodohnya, kalau dia nak menipu tu agak2 lah kan. Aku belum pernah dengar lagi yang accident boleh buat barah kat otak. Tak pernah lah dengar orang menipu dengan benda cikai lagi bodoh ni. Lain kali sebelum tipu, kau belajarlah science dulu. Baru tipu kau tu tak kena dedah lastnya..

Love You to the Moon and back Sweetheart!

Saturday 2 February 2013

History Maybe

Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan semua orang saya kini sedang betungkus lumus belajar di TFH Berlin dalam jurusan Chemical Engineering yang dari dulu aku nak sangat masuk tu.. Aku baru je dekat sini, tak sampai sebulan pun sebab 13/1/2013 aku datang sini. Alhamdulilah,  program persediaan aku baik even nampak kebabi-babian mereka yang sememangnya suka membabi sesama sendiri..

27/9/2012

Aku belum bagitau dekat Budak Comel yang aku nak sambung belajar dekat luar negara.. Aku bukan tak nak bagitau, tapi aku serba salah nak bagitau. Start tarikh ni aku dah tak call Budak Comel lagi.. Dengan bantuan Abang aku plan aku untuk prank Budak Comel berjalan dengan success sekali.. Macam2 yang aku buat dekat dia. Aku maki dia, cakap yang kiteorang dah tak ada apa2 memang teruk gila aku kenakan dia. Tapi semua tu bukan aku yang bagi, Abang aku yang bagi mesej maki2 semua tu. Nampak kan permainan Abang?? Bab2 jadi syaitan yang suka hancurkan hubungan orang memang abang aku lah. PROFESIONAL MAMAT NI!! Since kiteorang 'putus' dia selalu mengadu dekat abang aku. And abang aku punya lah BAIK HATI sampai bagi nasihat dekat awek aku sampai aku rasa macam nak banjirkan bilik dia dengan air panas je.

11/10/2012

Birthday Budak Comel hari ni. Tujuan pertama aku buat prank ni untuk celebrate birthday dia yang selama ni aku rasa agak kurang sempurna aku sambut dengan dia. Ajak kawan kiteorang yang memang dah rapat macam adik beradik. Tempah Secret Recipe. Radhi tolong aku, call dia dengan buka speaker, aku diam je sebelah Radhi.

"Akma, Kau tengah buat ape?"
"Dekat sekolah lagi la. Pukul 3 baru balik"
"Merendek ea kau dekat sekolah?"

Dia diam.

"Weh kau dengar tak ni, aku cakap ape?"
"Akma tengah siapkan kerja seni lah. Abang call ni kenapa?"
"Aku nak ajak kau makan dekat luar. Kau mesti laparkan? Ada orang nak belanja ni tak kan kau tak nak"
"Tengok lah nanti macam mana. Akma penat maybe Akma terus balik rumah"
"Alasan kau tak berapa bijaklah untuk tolak tawaran aku, Aku nak makan dengan kau jugak."
"Yelah2"

Pukul3 Radhi jemput dia dekat sekolah Nad dengan Imah ikut sekali. Nama aku nak bagi awek aku naik kereta berdua dengan lelaki memang kirim salam lah. Awek aku kot. Radhi bawak dia dekat tempat kiteorang. Muka dia nampak macam seriously tak percaya. Oleh sebab dia tengah pakai baju sekolah, tak ada kek yang dibazirkan sebab semua nya kiteorang makan, kiteorang tak baling2 kek tu sebab takut baju sekolah dia kena chocolate and tak boleh hilang.

Dalam  kereta dia diam je.

"Kenapa? Marah?"
"Tak delah. Thanks"
"For?"
"Sebab buat prank tu dekat Akma. Kiranya Akma tau apa yang Akma nak buat kalau kita betul2 putus. Tak adalah saya meroyan ke apa2."

Sebab aku buat prank tu pun sebab aku nak bila aku dah pergi sambung belajar dia tak ada lah nak risaukan aku ke apa, atau dia selalu tak percayakan aku.

28/12/2012

Tiket kapal terbang dah sampai dah dekat pintu rumah aku. And aku bagitau dia terus terang yang prank aku buat tu bersebab. And masa tu lah aku ni macam lembu nak kena sembelih, kejap nak pergi, kejap tak nak pergi. Mama aku dah semacam dia punya risau dengan aku. Aku balik dari beli barang tiba2 jiran aku tegur aku.

"Ini ye anak Aztmie yang nak sambung belajar dekat Jerman tu ye?"
"Eh! Tak lah tu adik, saya Fauzan"
"Kirim salam ye dekat Faieszt."
"InsyaAllah"

Baru 3 hari je kot aku dapat tawaran tu, takkan jiran aku semua dah tau kot. Mama lah ni punya kerja. Setiap kali jiran2 nampak aku semua tanya soalan yang sama. Aku pulak asyik bagi jawapan yang sama. Sampai aku dah tak berapa nak berkenan dah. Jumpa aku je tanya bila aku pergi. Aku dah  bagitau tarikh bila aku pergi, esok2 dorang tanya aku lagi. Berkali2 kot dorang tanya. Dorang ingat setiap kali dorang tanya tu tarikhnya akan berganjak ke? Typical Malaysian lah

10/1/2013

Aku tanya dekat budak comel sama ada dia dapat hantar aku dekat airport atau tak. Selalunya dia cuma cakap maybe je. Tapi hari ni dia cakap yang dia tak boleh nak hantar aku sebab dia nak pergi tengok adik dia dekat Melaka.

"Akma tak boleh hantar sebab Akma nak ikut family tengok adik dekat Melaka. Lagipun Akma rasa tak berapa manis kot kalau Akma pun ada dekat situ, Akma ni bukan ada kaitan apa2 dalam keluarga Faieszt. So Akma rasa tak berapa manislah makcik pakcik awak tengok Akma dekat situ."

Budak Comel! Awak tau tak? Sebab perangai awak yang macam ni lah saya tak risau kalau saya tinggalkan awak dekat sana.

13/1/2013

Flight aku pukul 11.05pm. From Malaysia to Berlin take 15 hours. Aku sampai sana dalam pukul 2pm 14/1/2013 kiranya dalam 7am waktu German sebab German lambat 7 jam waktu Malaysia. Aku tak tau amcam mana Budak Comel plan dengan Sa'ra.

"Faieszt, nanti dekat sana Sa'ra tunggu dekat sana. You cari je die dekat sana"
"Ok"

Aku ok kan aje ape yang Budak Comel cakap. Dekat Berlin Brandenburg Airport aku ikut apa yang Budak Comel cakap. Sa'ra lambat sampai sebab dia ada hal. Yang peliknya, budak2 Malaysia yang satu batch dengan aku semua ikut ke mana aku pergi. Dia ingat aku ni pemandu pelancong dorang ke ape?

Aku naik kereta yang Sa'ra dengan tunang dia sewa. Yang lain naik bas yang dah sedia untuk kiteorang. Dalam kereta Sa'ra terangkan dekat aku satu2.

"Dekat lorong ni banyak makanan halal. Tapi berasakan roti la sebab kebanyakan orang muslim yang jual dekat sini biasanya orang Lubnan atau Arab. So it's a bit difficult to find a heavy meal like You usually take while You are in Malaysia. Just try to make yourself confortable."

Sa'ra ni datang dari keluarga yang ada2, so dia banyak kalilah pergi luar negara. Dia dah pernah melancong satu dunia sorang2.

Sekarang medium aku untuk berbual dengan Budak Comel hanya melalui Email sahaja sebab WiFi dekat sini hidup segan mati tak mahu. Tak boleh nak bukak skype pun. Dia block. Ah! kesialan yang memang ternyata apabila menggunakan WiFi percuma.. Rumah yang aku duduk ada 4 orang. Aku cuma rapat dengan Zakwan je sebab yang dua orang lagi tu baru berapa hari dekat sini memang macam dah kena cultural shock. Rumah aku dekat dengan kampus, nak berlari ulang alik tu penat jugaklah. Tapi jalan kaki tak penat. Tempat aku duduk ni Berlin, boleh di kira sebagai bandar. Tak akan adalah masalah nak buang air kena angkat air semua tu. Kedai makan bersepah, Market bersepah. Tapi aku mintak Mama hantarkan barang dapur sebab barang dekat sini semua mahal.

Aku tak tau bila aku boleh update blog aku lagi sebab bulan 2 ni aku dah masuk lab. Macam2 benda kena buat dekat sini sebab Lab dia markah lebih kurang 70% .gila aku dekat sini.

By the way Budak Comel, Thanks sebab ajar saya buat Nasi Goreng hari tu. Sedap resipi yang awak ajar tu. Hari tu You ada tanya I kan..

"Agak2 You lupakan I tak bila You dah ada dekat sana??"

How I can forget You honey if Your name are my Phone and Computer password?

Love You to the moon and back sweetheart. <3 <3