Jujur aku cakap yang aku buat satu account twitter hanya untuk aku berbual dengan Budak Comel sahaja. Aku tak akan follow orang lain kecuali Budak Comel. Tujuan aku create twitter accout yang tu sebab aku nak tau perkembangan Budak Comel je dekat sana. Yes! I love Her so Fucking Much! Banyak kali juga la orang follow aku tapi sebab aku tak follow dorang, dorang terus unfollow balik. Sorry kalau nak aku follow korang sila follow aku dekat account aku lagi satu. Tapi pandai2 lah korang nak cari account aku tu yang mana sebab aku memang tak akan nak bagi korang benda alah macam tu senang2.
Hari Jumaat hari tu dalam pukul 4pm lebih macam tu aku tengok twitter. Budak Comel buat satu post "Rest In Peace Sayang. I love You" Masa tu bukan aku nak cakap apa. Dalam kepala otak aku "Makhluk mana pulak yang bagitau awek aku yang aku dah mati ni? Kebodohan apakah ini?" Aku reply tanya benda alah tu dengan harapan yang dia akan terkejut sebab orang yang dia anggap dah mati ni sebenarnya hidup and sihat walafiat macam lembu jantan.
"Kenapa ni Biee?"
"Awak!!!"
"Kenapa ni sayang? Anything bad happen to you Dear?"
"Kucing yang I selalu cerita dekat You tu dah mati"
Dia ceritakan apa yang buat dia jadi macam tu. Stray cat yang dia amik tu kena langgar. She so cat lover more than Faieszt Faurzarn Lover.
"I call You nanti"
Aku dah buat janji dengan dia. Tapi macam mana aku nak call dia padahal aku ada lab yang aku kena attend. Kalau aku nak tunggu lab habis baru aku nak call dia memang dah lambat gila lah masa dekat sana.
Aku ada geng dengan student dari banyak negara. Sebab kiteroang buat kerja satu group, tu yang jadi rapat sampai sekarang. Satu je yang boleh buat aku keluar awal ialah DIHALAU. Sekarangkan tengah fenomena Harlem Shake. Gila tak gila aku buat Harlem Shake dengan kawan2 aku. Aku dengan 5 orang kawan aku kena halau keluar makmal. Bagi pelajar Pharmaceutical and Chemical Engineering seperti saya, dihalau keluar dari makmal ibarat dihalau keluar dari rumah okey. Dengan perasaan bangga aku dengan kawan2 aku keluar dari situ. Prof cakap "This is the very first in faculty history student been chase out from lab". Maka sila2 lah masukkan nama kami ber-6 dalam faculty board ye.
Aku call Budak Comel, dia tak angkat. Maybe dah tidur kot.
Pagi tadi baru aku call dia. Aku ingat nak biar dia reda sikit dengan perasaan dia. Aku bukan boleh dengar awek aku ni menangis, tak keruan aku beb! Aku call dia pukul 2 pagi besamaan pukul 9 pagi waktu Malaysia. Tengah berbual tu dia menagis jugak.
"Kalau I tau siapa yang langgar kucing I tu I langgar balik benda yang dia sayang. Biar dia rasa apa yang I rasa"
"Issh Baby ni. Itu dah memang ajal dia. Kalau dia tak mati kena langgar, dia tetap akan mati walaupun cara lain. Kita siapa nak ubah apa yang Allah dah tulis?"
Dia diam. Lepas tu aku dengar dia sedu2 tahan nagis.
"Baby janganlah menagis macam ni."
"You tau tu baru sekor. Semalam I keluar nak tengok anak kucing dekat belakang rumah sebab tiba2 dia menjerit. You tau, I nampak ular tu dah bergulung lah. Anak kucing tu dah kena belit dengan ular tu. You mana tau? I terpegang ular tu time I tengah raba2 tau."
"And then?"
"Ayah bunuh ular tu. Time ayah nak rejam dengan besi perejam tu terkena anak kucing. I tak tengok macam mana cara Ayah nak bunuh ular tu. Masa tengah bising2 tu Ayah cakap yang dia terejam anak kucing yang ular tu belit. I dah bayangkan yang kepala anak kucing tu putus You tau!"
"So how's the kitten?"
"Ayah terejam bahu dia je. Nasib baik besi rejam tu tak kena kuat dekat kitten tu"
"Dah hantar pergi Vet?"
"Masa sekarang ni kiteorang rawat dia dekat rumah je. Hari Isnin nak bawak dia pergi klinik"
"Banyak betul air mata Baby saya ni keluar tiga hari ni ye"
Aku memang tak pelik kalau dia bagitau yang rumah dia selalu masuk ular. Dia duduk dekat dengan hutan. Lepas tu rumah dia banyak kucing pulak tu lagi lah menarik perhatian ular tu.
"Baby, I rasa rumah You dah boleh buat show Ular sawa batik lah. Sebab banyak ular sawa batik dekat rumah You tu. Kalau ada Anakonda pun best juga. Macam dekat sungai Amazon tu"
"Boleh. You lah jadi makanan dia."
I love You to the Moon and back Sweetheart
No comments:
Post a Comment