Sunday 24 February 2013

About Her Cats and The Motherfucking Snake

Jujur aku cakap yang aku buat satu account twitter hanya untuk aku berbual dengan Budak Comel sahaja. Aku tak akan follow orang lain kecuali Budak Comel. Tujuan aku create twitter accout yang tu sebab aku nak tau perkembangan Budak Comel je dekat sana. Yes! I love Her so Fucking Much! Banyak kali juga la orang follow aku tapi sebab aku tak follow dorang, dorang terus unfollow balik. Sorry kalau nak aku follow korang sila follow aku dekat account aku lagi satu. Tapi pandai2 lah korang nak cari account aku tu yang mana sebab aku memang tak akan nak bagi korang benda alah macam tu senang2.

Hari Jumaat hari tu dalam pukul 4pm lebih macam tu aku tengok twitter. Budak Comel buat satu post "Rest In Peace Sayang. I love You" Masa tu bukan aku nak cakap apa. Dalam kepala otak aku "Makhluk mana pulak yang bagitau awek aku yang aku dah mati ni? Kebodohan apakah ini?" Aku reply tanya benda alah tu dengan harapan yang dia akan terkejut sebab orang yang dia anggap dah mati ni sebenarnya hidup and sihat walafiat macam lembu jantan.

"Kenapa ni Biee?"
"Awak!!!"
"Kenapa ni sayang? Anything bad happen to you Dear?"
"Kucing yang I selalu cerita dekat You tu dah mati"

Dia ceritakan apa yang buat dia jadi macam tu. Stray cat yang dia amik tu kena langgar. She so cat lover more than Faieszt Faurzarn Lover.

"I call You nanti"

Aku dah buat janji dengan dia. Tapi macam mana aku nak call dia padahal aku ada lab yang aku kena attend. Kalau aku nak tunggu lab habis baru aku nak call dia memang dah lambat gila lah masa dekat sana.

Aku ada geng dengan student dari banyak negara. Sebab kiteroang buat kerja satu group, tu yang jadi rapat sampai sekarang. Satu je yang boleh buat aku keluar awal ialah DIHALAU. Sekarangkan tengah fenomena Harlem Shake. Gila tak gila aku buat Harlem Shake dengan kawan2 aku. Aku dengan 5 orang kawan aku kena halau keluar makmal. Bagi pelajar Pharmaceutical and Chemical Engineering seperti saya, dihalau keluar dari makmal ibarat dihalau keluar dari rumah okey. Dengan perasaan bangga aku dengan kawan2 aku keluar dari situ. Prof cakap "This is the very first in faculty history student been chase out from lab". Maka sila2 lah masukkan nama kami ber-6 dalam faculty board ye.

Aku call Budak Comel, dia tak angkat. Maybe dah tidur kot.

Pagi tadi baru aku call dia. Aku ingat nak biar dia reda sikit dengan perasaan dia. Aku bukan boleh dengar awek aku ni menangis, tak keruan aku beb! Aku call dia pukul 2 pagi besamaan pukul 9 pagi waktu Malaysia. Tengah berbual tu dia menagis jugak.

"Kalau I tau siapa yang langgar kucing I tu I langgar balik benda yang dia sayang. Biar dia rasa apa yang I rasa"
"Issh Baby ni. Itu dah memang ajal dia. Kalau dia tak mati kena langgar, dia tetap akan mati walaupun cara lain. Kita siapa nak ubah apa yang Allah dah tulis?"

Dia diam. Lepas tu aku dengar dia sedu2 tahan nagis.

"Baby janganlah menagis macam ni."
"You tau tu baru sekor. Semalam I keluar nak tengok anak kucing dekat belakang rumah sebab tiba2 dia menjerit. You tau, I nampak ular tu dah bergulung lah. Anak kucing tu dah kena belit dengan ular tu. You mana tau? I terpegang ular tu time I tengah raba2 tau."
"And then?"
"Ayah bunuh ular tu. Time ayah nak rejam dengan besi perejam tu terkena anak kucing. I tak tengok macam mana cara Ayah nak bunuh ular tu. Masa tengah bising2 tu Ayah cakap yang dia terejam anak kucing yang ular tu belit. I dah bayangkan yang kepala anak kucing tu putus You tau!"
"So how's the kitten?"
"Ayah terejam bahu dia je. Nasib baik besi rejam tu tak kena kuat dekat kitten tu"
"Dah hantar pergi Vet?"
"Masa sekarang ni kiteorang rawat dia dekat rumah je. Hari Isnin nak bawak dia pergi klinik"
"Banyak betul air mata Baby saya ni keluar tiga hari ni ye"

Aku memang tak pelik kalau dia bagitau yang rumah dia selalu masuk ular. Dia duduk dekat dengan hutan. Lepas tu rumah dia banyak kucing pulak tu lagi lah menarik perhatian ular tu.

"Baby, I rasa rumah You dah boleh buat show Ular sawa batik lah. Sebab banyak ular sawa batik dekat rumah You tu. Kalau ada Anakonda pun best juga. Macam dekat sungai Amazon tu"
"Boleh. You lah jadi makanan dia."

I love You to the Moon and back Sweetheart

Monday 11 February 2013

Oreo? Yuck!

Tadi aku masuk bilik Zakwan, aku nampak dia tengah mengunyah something.

"Kau makan apa tu?"
"Oreo. Kau nak?"
"Yuck!"

Biskut yang aku paling benci sekali OREO. Please jangan jemput aku makan benda alah tu kalau korang tengah makan. Aku tak akan terasa pun kalau kau tak jemput aku.

"Kau tak de kerepek pisang ke, kerepek pedas ke, kerepek kacang ke?"
"Kau ingat kita ni kat mana? Aku taulah negeri kau terkenal dengan kerepek, kau tak payahlah sampai nak bawak meroyan kau sampai Berlin doh"

Aku ingat lagi masa aku ada buat sesi photography dengan Budak Comel. Dekat dalam beg SLR yang dia bawak mesti ada sekurang2nya 2 paket Oreo dengan 2 batang lollipop. Setiap kali rehat 10minit atau 15minit dia mesti makan Oreo tu. Oleh sebab aku ni Pakwe dia, aku makan dekat sebelah dia.

"Faieszt nak sikit?"

Aku serba salah nak tolak. Kalau aku tolak cakap yang aku tak hargai dia, kalau aku amik, aku yang merana dengan rasa dia.

"Ermm..Baby makan jelah dulu. Faieszt tengah makan roti ni"

Seriously memang banyak kali dia hulurkan benda tu dekat aku. Sampai lama2 tu aku tak tahan sebab selalu tipu dia, bagi banyak gila alasan untuk menolak. Aku confess jugak.

"Sebenarnya Faieszt tak suka Oreo ni Baby. Faieszt tak suka dengan rasa cream dia."
"Kan sedap."
"Eee..Tapi Faieszt memang tak boleh terima"

Dia tengok je aku.

"Kenapa?"
"Akma suka cream dia tak suka dengan biskut dia. So Akma makan cream dia, Faieszt makan biskut lah"

Memamg dia buat apa yang dia cakap tu. Aku makan biskut, dia makan creamnya. Maybe sebab dia risau yang aku tak berapa nak makan benda manis dari pagi, lepastu aku kena pose dekat tengah2 panas. Kalau aku pitam susah pulak orang nak layan aku. Thanks Baby!

Tapi seriously memang banyak gila stock Oreo Zakwan ni. Salah satu sebab aku tak suka Oreo ni sebab rasa dia. Lagi satu sebab Oreo ni mahal gila dekat sini. Aku biasanya ikut Zakwan beli stock Oreo dekat satu ekdai cookies ni. (Aku rasa kalau bawak Budak Comel, memang aku kena heret dia keluar. Kalau tak memang tak akan keluar) Orang kedai tu kira Oreo ni guna kg. 1kg dalam 7Euro macam tu bersamaan RM29.10. Berapa kilo beras yang aku boleh beli kalau aku kat Malaysia?

Love You to the Moon and back Sweetheart..

Sunday 10 February 2013

Pronunciation

Hari ni ada sorang assistant makmal datang tempat aku time aku tengah sibuk siapkan kerja2 makmal.

"You are not cetizen right?"
"I'm Malaysian"
"I'm Izzobelt"

Itu apa yang aku dengar dengan apa yang dia cakap. Dia hulur tangan tapi aku tak sambut. ALHAMDULILAH YA ALLAH!! IMAN DI DADA MASIH KUAT!! Dengan berbekalkan cahaya keimanan di muka, aku jawap jugak.

"Faieszt"

Dia tengok student ID aku.

" Fisazt"

Who the fuck she think she is to pronounce my beautiful name like fucking ugly name like that?? Aku pantang doh kalau orang salah sebut nama aku. Elakkan aku amik chloroform dekat depan aku bagi dia minum je ni. Tapi memandangkan dia perempuan tahan aja lah walaupun tangan menggigil nak menyepak muka beliau.

"Faieszt."

Aku tulis dekat kertas beb. Fa-Ie-Szt. Tapi dia still cakap nam aku salah jugak memang tak ada cara lain. Terpaksa gunakan taktik ni walaupun aku tak suka nak guna. Tulis dekat kertas Far-East. Aku memang benci gila nak kenalkan orang nama aku dengan cara macam tu. Ah Sial la! Phuii!!

Berbual dengan dia. Aku panggil nama dia boleh dia gelakkan aku. Memang mencabar kesabaran lah berbual dengan minah saleh ni.

"Why You pronounce my name like that?"
"Why? Am I say it wrong?"
"No. It is weird. My name is Izzobelt not Izzobelt"

Dia terangkan macam mana pun aku dengar tetap sama je. Dia amik pen aku eje nama dia. Isobel rupanya nama dia.

Itu salah satu masalah yang aku hadapi bila dekat sini. Lidah dorng keras kematu bila nak sebut bahasa inggeris. Kesan minum arak terlebih mungkin?

Wednesday 6 February 2013

Dear Mama

Assalamualaikum Mama.

Mama, Adik minta maaf sebab Adik tak banyak bagi email dekat Mama kebelakangan ni, Adik sibuk sangat bulan ni sebab Adik kena banyak habiskan masa dekat makmal. Dekat sini tak macam dekat UTP  Mama, sebab Adik kena sentiasa peka dengan apa yang orang sekeliling cakap. Kamus bahasa memang kawan baik Adik dekat sini. Adik buat post ni sebab Mama selalu baca blog Adik. So, kalau Adik nak cakap apa2 dekat Mama I'll just write here je lah.

Mama, Adik rindu sangat dekat Mama. Adik rindu nak makan masakan Mama. Nasi Ayam, Nasi Goreng, Sup Tulang even telur goreng yang Mama buat tu pun Adik rindu sekarang. Sorry sebab dulu Adik selalu tak makan apa yang Mama masak, selalu merungut kalau makanan yang Mama masak tu tak kena dengan tekak Adik. Sekarang Adik dah faham. Mom's cook are the best we ever had in this world. Allah tu Maha Besar kan Mama? DIA ada cara DIA yang tersendiri untuk betulkan kesilapan Adik pada Mama. Mungkin ni cara DIA untuk ingatkan apa yang Mama buat untuk Adik. Dulu Mama balik dari butik terus masak untuk kitaorang. Adik tak rasa yang benda alah tu berat pun tapi sekarang Adik dah rasa macam mana penatnya nak masak lepas balik dari kelas. Kalau tak masak berlaparlah Adik dekat dalam bilik. Kalau nak beli je memang tak dapat balik raya lah Adik tiap2 tahun.

Mama, dekat sini sejuk sangat. Kadang2 pernah sampai -6c pagi2. Ini sekarang pun tengah daylight saving which means night are longer than daylight. Dalam pukul 4 tu memang dah start gelaplah. Masa sekarang ni Solat Maghrib masuk pukul 5pm. Solat Isyak pulak masuk dalam pukul 7pm macam tu. Mama jangan risau, Adik jaga solat Adik dekat sini. Mama selalu cakap "Tinggi apa pun kita terbang, jauh macam mana pun kita lari, dalam macam mana pun kita selam. Allah tetap yang mengizinkan semua tu". Adik ingat lagi benda tu sampai sekarang Mama.

Adik dah buat janji dekat Mama yang Adik tak nak bergaduh mcam yang Adik selalu buat dekat Malaysia. Adik pegang lagi janji tu Mama. Adik nak belaja jadi orang sabar dekat sini, walaupun macam2 jadi dekat Adik, Adik tak akan mengamuk, hilang sabar ataupun angkat tangan dekat sapa2. Adik tak bagitau dekat sapa2 pun yang Adik ni tali pinggang hitam karate Mama. Macam yang Adik janji dulu. Hari tu kawan Adik satu rumah bergaduh, Adik selesaikan cara baik Mama. Adik tak angkat tangan walau satu cm pun Mama. Petanda baik kan?

Dekat sini Adik jaga makan minum Adik. Malas macam mana pun Adik, Adik tetap jaga makan minum adik. Thanks Mama sebab Mama hantar barang dapur macam yang Adik mintak hari tu. Semua cukup. Cuma Adik pandai masak benda yang simple2 je. Mama tau tak, 3rd day after I reach here, Adik tiba2 nak makan nasi goreng. Adik tak tau nak contact siapa, Adik minta recipe Nasi Goreng dari Akma. Itu pun lalu Twitter. Alhamdulillah  Sedap Mama. So buat masa sekarang ni kalau Adik rasa nak makan nasi, Adik cuma buat Nasi Goreng je sebab buat benda tu je yang Adik tau.

Baru Adik tau macam mana sayangnya Adik dekat Mama. Kalau dulu, Adik malu nak cakap dekat Mama mcam mana punya sayang Adik pada Mama. Sekarang Adik rasa macam nak jerit je kat Berlin ni yang Adik sayang sangat dekat Mama kalau boleh biar sampai Malaysia suara Adik tu.

Adik harap yang Mama sihat.

Love you till death Mama.
-FaiesztFaurzarn-

Tuesday 5 February 2013

Tumor? Really? Liar!

Budak Comel seriously buat aku bergelak tak sudah hari ni dengan chat yang dia hantar sebelum aku pergi kampus..

Pagi tadi aku tengah sarapan tiba2 aku punya chat email aku bunyi. Tengok2 Budak Comel yang hantar chat tu dekat aku.

"You. I nak tanya sikit. Can car accident cause brain tumor??"

Seriously aku tak tipu benda alah tu buat aku betul2 tak boleh nak berhenti ketawa. Ehh!!! Banyak tengok TV ni lah jadinya..

"Mana ada Baby.. Tumor tu are caused by cells which multiply in erratic way, usually the result of some mutation of the genome la sayang."
"That means??"
"There is no on earth that car accident can cause brain tumor. Ok for gain your knowledge more I'll tell you. Cancer happens when your cells mutate but don't get cleaned up by your immune system. It is biologically impossible to develop a tumor from a car crash."
"I get it thanks"

Aku sense yang something not right. Kenapa pulak Budak Comel ni tanya aku soalan yang macam tu pagi2 ni. Or maybe dekat sana dah petang kot.

"Why You suddenly ask me that kind of question?"
"Hahaha. You know I just think to make a perfect lie with that thing on You."
"But I caught You up"
"Yup2.."
"Seriously, what is it??"

Agak menipulah kalau dah lepas 7 tahun aku dengan dia pun aku still tak boleh nak faham dia. Dia ceritakan benda alah yang dia tak nak bagitau aku mulanya.

Benda ni pasal adik sedara dia yang couple tapi lelaki tu bagi dia alasan brain tumor untuk end diaorang punya relationship. And bodohnya, kalau dia nak menipu tu agak2 lah kan. Aku belum pernah dengar lagi yang accident boleh buat barah kat otak. Tak pernah lah dengar orang menipu dengan benda cikai lagi bodoh ni. Lain kali sebelum tipu, kau belajarlah science dulu. Baru tipu kau tu tak kena dedah lastnya..

Love You to the Moon and back Sweetheart!

Saturday 2 February 2013

History Maybe

Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan semua orang saya kini sedang betungkus lumus belajar di TFH Berlin dalam jurusan Chemical Engineering yang dari dulu aku nak sangat masuk tu.. Aku baru je dekat sini, tak sampai sebulan pun sebab 13/1/2013 aku datang sini. Alhamdulilah,  program persediaan aku baik even nampak kebabi-babian mereka yang sememangnya suka membabi sesama sendiri..

27/9/2012

Aku belum bagitau dekat Budak Comel yang aku nak sambung belajar dekat luar negara.. Aku bukan tak nak bagitau, tapi aku serba salah nak bagitau. Start tarikh ni aku dah tak call Budak Comel lagi.. Dengan bantuan Abang aku plan aku untuk prank Budak Comel berjalan dengan success sekali.. Macam2 yang aku buat dekat dia. Aku maki dia, cakap yang kiteorang dah tak ada apa2 memang teruk gila aku kenakan dia. Tapi semua tu bukan aku yang bagi, Abang aku yang bagi mesej maki2 semua tu. Nampak kan permainan Abang?? Bab2 jadi syaitan yang suka hancurkan hubungan orang memang abang aku lah. PROFESIONAL MAMAT NI!! Since kiteorang 'putus' dia selalu mengadu dekat abang aku. And abang aku punya lah BAIK HATI sampai bagi nasihat dekat awek aku sampai aku rasa macam nak banjirkan bilik dia dengan air panas je.

11/10/2012

Birthday Budak Comel hari ni. Tujuan pertama aku buat prank ni untuk celebrate birthday dia yang selama ni aku rasa agak kurang sempurna aku sambut dengan dia. Ajak kawan kiteorang yang memang dah rapat macam adik beradik. Tempah Secret Recipe. Radhi tolong aku, call dia dengan buka speaker, aku diam je sebelah Radhi.

"Akma, Kau tengah buat ape?"
"Dekat sekolah lagi la. Pukul 3 baru balik"
"Merendek ea kau dekat sekolah?"

Dia diam.

"Weh kau dengar tak ni, aku cakap ape?"
"Akma tengah siapkan kerja seni lah. Abang call ni kenapa?"
"Aku nak ajak kau makan dekat luar. Kau mesti laparkan? Ada orang nak belanja ni tak kan kau tak nak"
"Tengok lah nanti macam mana. Akma penat maybe Akma terus balik rumah"
"Alasan kau tak berapa bijaklah untuk tolak tawaran aku, Aku nak makan dengan kau jugak."
"Yelah2"

Pukul3 Radhi jemput dia dekat sekolah Nad dengan Imah ikut sekali. Nama aku nak bagi awek aku naik kereta berdua dengan lelaki memang kirim salam lah. Awek aku kot. Radhi bawak dia dekat tempat kiteorang. Muka dia nampak macam seriously tak percaya. Oleh sebab dia tengah pakai baju sekolah, tak ada kek yang dibazirkan sebab semua nya kiteorang makan, kiteorang tak baling2 kek tu sebab takut baju sekolah dia kena chocolate and tak boleh hilang.

Dalam  kereta dia diam je.

"Kenapa? Marah?"
"Tak delah. Thanks"
"For?"
"Sebab buat prank tu dekat Akma. Kiranya Akma tau apa yang Akma nak buat kalau kita betul2 putus. Tak adalah saya meroyan ke apa2."

Sebab aku buat prank tu pun sebab aku nak bila aku dah pergi sambung belajar dia tak ada lah nak risaukan aku ke apa, atau dia selalu tak percayakan aku.

28/12/2012

Tiket kapal terbang dah sampai dah dekat pintu rumah aku. And aku bagitau dia terus terang yang prank aku buat tu bersebab. And masa tu lah aku ni macam lembu nak kena sembelih, kejap nak pergi, kejap tak nak pergi. Mama aku dah semacam dia punya risau dengan aku. Aku balik dari beli barang tiba2 jiran aku tegur aku.

"Ini ye anak Aztmie yang nak sambung belajar dekat Jerman tu ye?"
"Eh! Tak lah tu adik, saya Fauzan"
"Kirim salam ye dekat Faieszt."
"InsyaAllah"

Baru 3 hari je kot aku dapat tawaran tu, takkan jiran aku semua dah tau kot. Mama lah ni punya kerja. Setiap kali jiran2 nampak aku semua tanya soalan yang sama. Aku pulak asyik bagi jawapan yang sama. Sampai aku dah tak berapa nak berkenan dah. Jumpa aku je tanya bila aku pergi. Aku dah  bagitau tarikh bila aku pergi, esok2 dorang tanya aku lagi. Berkali2 kot dorang tanya. Dorang ingat setiap kali dorang tanya tu tarikhnya akan berganjak ke? Typical Malaysian lah

10/1/2013

Aku tanya dekat budak comel sama ada dia dapat hantar aku dekat airport atau tak. Selalunya dia cuma cakap maybe je. Tapi hari ni dia cakap yang dia tak boleh nak hantar aku sebab dia nak pergi tengok adik dia dekat Melaka.

"Akma tak boleh hantar sebab Akma nak ikut family tengok adik dekat Melaka. Lagipun Akma rasa tak berapa manis kot kalau Akma pun ada dekat situ, Akma ni bukan ada kaitan apa2 dalam keluarga Faieszt. So Akma rasa tak berapa manislah makcik pakcik awak tengok Akma dekat situ."

Budak Comel! Awak tau tak? Sebab perangai awak yang macam ni lah saya tak risau kalau saya tinggalkan awak dekat sana.

13/1/2013

Flight aku pukul 11.05pm. From Malaysia to Berlin take 15 hours. Aku sampai sana dalam pukul 2pm 14/1/2013 kiranya dalam 7am waktu German sebab German lambat 7 jam waktu Malaysia. Aku tak tau amcam mana Budak Comel plan dengan Sa'ra.

"Faieszt, nanti dekat sana Sa'ra tunggu dekat sana. You cari je die dekat sana"
"Ok"

Aku ok kan aje ape yang Budak Comel cakap. Dekat Berlin Brandenburg Airport aku ikut apa yang Budak Comel cakap. Sa'ra lambat sampai sebab dia ada hal. Yang peliknya, budak2 Malaysia yang satu batch dengan aku semua ikut ke mana aku pergi. Dia ingat aku ni pemandu pelancong dorang ke ape?

Aku naik kereta yang Sa'ra dengan tunang dia sewa. Yang lain naik bas yang dah sedia untuk kiteorang. Dalam kereta Sa'ra terangkan dekat aku satu2.

"Dekat lorong ni banyak makanan halal. Tapi berasakan roti la sebab kebanyakan orang muslim yang jual dekat sini biasanya orang Lubnan atau Arab. So it's a bit difficult to find a heavy meal like You usually take while You are in Malaysia. Just try to make yourself confortable."

Sa'ra ni datang dari keluarga yang ada2, so dia banyak kalilah pergi luar negara. Dia dah pernah melancong satu dunia sorang2.

Sekarang medium aku untuk berbual dengan Budak Comel hanya melalui Email sahaja sebab WiFi dekat sini hidup segan mati tak mahu. Tak boleh nak bukak skype pun. Dia block. Ah! kesialan yang memang ternyata apabila menggunakan WiFi percuma.. Rumah yang aku duduk ada 4 orang. Aku cuma rapat dengan Zakwan je sebab yang dua orang lagi tu baru berapa hari dekat sini memang macam dah kena cultural shock. Rumah aku dekat dengan kampus, nak berlari ulang alik tu penat jugaklah. Tapi jalan kaki tak penat. Tempat aku duduk ni Berlin, boleh di kira sebagai bandar. Tak akan adalah masalah nak buang air kena angkat air semua tu. Kedai makan bersepah, Market bersepah. Tapi aku mintak Mama hantarkan barang dapur sebab barang dekat sini semua mahal.

Aku tak tau bila aku boleh update blog aku lagi sebab bulan 2 ni aku dah masuk lab. Macam2 benda kena buat dekat sini sebab Lab dia markah lebih kurang 70% .gila aku dekat sini.

By the way Budak Comel, Thanks sebab ajar saya buat Nasi Goreng hari tu. Sedap resipi yang awak ajar tu. Hari tu You ada tanya I kan..

"Agak2 You lupakan I tak bila You dah ada dekat sana??"

How I can forget You honey if Your name are my Phone and Computer password?

Love You to the moon and back sweetheart. <3 <3