Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan semua orang saya kini sedang betungkus lumus belajar di TFH Berlin dalam jurusan Chemical Engineering yang dari dulu aku nak sangat masuk tu.. Aku baru je dekat sini, tak sampai sebulan pun sebab 13/1/2013 aku datang sini. Alhamdulilah, program persediaan aku baik even nampak kebabi-babian mereka yang sememangnya suka membabi sesama sendiri..
27/9/2012
Aku belum bagitau dekat Budak Comel yang aku nak sambung belajar dekat luar negara.. Aku bukan tak nak bagitau, tapi aku serba salah nak bagitau. Start tarikh ni aku dah tak call Budak Comel lagi.. Dengan bantuan Abang aku plan aku untuk prank Budak Comel berjalan dengan success sekali.. Macam2 yang aku buat dekat dia. Aku maki dia, cakap yang kiteorang dah tak ada apa2 memang teruk gila aku kenakan dia. Tapi semua tu bukan aku yang bagi, Abang aku yang bagi mesej maki2 semua tu. Nampak kan permainan Abang?? Bab2 jadi syaitan yang suka hancurkan hubungan orang memang abang aku lah. PROFESIONAL MAMAT NI!! Since kiteorang 'putus' dia selalu mengadu dekat abang aku. And abang aku punya lah BAIK HATI sampai bagi nasihat dekat awek aku sampai aku rasa macam nak banjirkan bilik dia dengan air panas je.
11/10/2012
Birthday Budak Comel hari ni. Tujuan pertama aku buat prank ni untuk celebrate birthday dia yang selama ni aku rasa agak kurang sempurna aku sambut dengan dia. Ajak kawan kiteorang yang memang dah rapat macam adik beradik. Tempah Secret Recipe. Radhi tolong aku, call dia dengan buka speaker, aku diam je sebelah Radhi.
"Akma, Kau tengah buat ape?"
"Dekat sekolah lagi la. Pukul 3 baru balik"
"Merendek ea kau dekat sekolah?"
Dia diam.
"Weh kau dengar tak ni, aku cakap ape?"
"Akma tengah siapkan kerja seni lah. Abang call ni kenapa?"
"Aku nak ajak kau makan dekat luar. Kau mesti laparkan? Ada orang nak belanja ni tak kan kau tak nak"
"Tengok lah nanti macam mana. Akma penat maybe Akma terus balik rumah"
"Alasan kau tak berapa bijaklah untuk tolak tawaran aku, Aku nak makan dengan kau jugak."
"Yelah2"
Pukul3 Radhi jemput dia dekat sekolah Nad dengan Imah ikut sekali. Nama aku nak bagi awek aku naik kereta berdua dengan lelaki memang kirim salam lah. Awek aku kot. Radhi bawak dia dekat tempat kiteorang. Muka dia nampak macam seriously tak percaya. Oleh sebab dia tengah pakai baju sekolah, tak ada kek yang dibazirkan sebab semua nya kiteorang makan, kiteorang tak baling2 kek tu sebab takut baju sekolah dia kena chocolate and tak boleh hilang.
Dalam kereta dia diam je.
"Kenapa? Marah?"
"Tak delah. Thanks"
"For?"
"Sebab buat prank tu dekat Akma. Kiranya Akma tau apa yang Akma nak buat kalau kita betul2 putus. Tak adalah saya meroyan ke apa2."
Sebab aku buat prank tu pun sebab aku nak bila aku dah pergi sambung belajar dia tak ada lah nak risaukan aku ke apa, atau dia selalu tak percayakan aku.
28/12/2012
Tiket kapal terbang dah sampai dah dekat pintu rumah aku. And aku bagitau dia terus terang yang prank aku buat tu bersebab. And masa tu lah aku ni macam lembu nak kena sembelih, kejap nak pergi, kejap tak nak pergi. Mama aku dah semacam dia punya risau dengan aku. Aku balik dari beli barang tiba2 jiran aku tegur aku.
"Ini ye anak Aztmie yang nak sambung belajar dekat Jerman tu ye?"
"Eh! Tak lah tu adik, saya Fauzan"
"Kirim salam ye dekat Faieszt."
"InsyaAllah"
Baru 3 hari je kot aku dapat tawaran tu, takkan jiran aku semua dah tau kot. Mama lah ni punya kerja. Setiap kali jiran2 nampak aku semua tanya soalan yang sama. Aku pulak asyik bagi jawapan yang sama. Sampai aku dah tak berapa nak berkenan dah. Jumpa aku je tanya bila aku pergi. Aku dah bagitau tarikh bila aku pergi, esok2 dorang tanya aku lagi. Berkali2 kot dorang tanya. Dorang ingat setiap kali dorang tanya tu tarikhnya akan berganjak ke? Typical Malaysian lah
10/1/2013
Aku tanya dekat budak comel sama ada dia dapat hantar aku dekat airport atau tak. Selalunya dia cuma cakap maybe je. Tapi hari ni dia cakap yang dia tak boleh nak hantar aku sebab dia nak pergi tengok adik dia dekat Melaka.
"Akma tak boleh hantar sebab Akma nak ikut family tengok adik dekat Melaka. Lagipun Akma rasa tak berapa manis kot kalau Akma pun ada dekat situ, Akma ni bukan ada kaitan apa2 dalam keluarga Faieszt. So Akma rasa tak berapa manislah makcik pakcik awak tengok Akma dekat situ."
Budak Comel! Awak tau tak? Sebab perangai awak yang macam ni lah saya tak risau kalau saya tinggalkan awak dekat sana.
13/1/2013
Flight aku pukul 11.05pm. From Malaysia to Berlin take 15 hours. Aku sampai sana dalam pukul 2pm 14/1/2013 kiranya dalam 7am waktu German sebab German lambat 7 jam waktu Malaysia. Aku tak tau amcam mana Budak Comel plan dengan Sa'ra.
"Faieszt, nanti dekat sana Sa'ra tunggu dekat sana. You cari je die dekat sana"
"Ok"
Aku ok kan aje ape yang Budak Comel cakap. Dekat Berlin Brandenburg Airport aku ikut apa yang Budak Comel cakap. Sa'ra lambat sampai sebab dia ada hal. Yang peliknya, budak2 Malaysia yang satu batch dengan aku semua ikut ke mana aku pergi. Dia ingat aku ni pemandu pelancong dorang ke ape?
Aku naik kereta yang Sa'ra dengan tunang dia sewa. Yang lain naik bas yang dah sedia untuk kiteorang. Dalam kereta Sa'ra terangkan dekat aku satu2.
"Dekat lorong ni banyak makanan halal. Tapi berasakan roti la sebab kebanyakan orang muslim yang jual dekat sini biasanya orang Lubnan atau Arab. So it's a bit difficult to find a heavy meal like You usually take while You are in Malaysia. Just try to make yourself confortable."
Sa'ra ni datang dari keluarga yang ada2, so dia banyak kalilah pergi luar negara. Dia dah pernah melancong satu dunia sorang2.
Sekarang medium aku untuk berbual dengan Budak Comel hanya melalui Email sahaja sebab WiFi dekat sini hidup segan mati tak mahu. Tak boleh nak bukak skype pun. Dia block. Ah! kesialan yang memang ternyata apabila menggunakan WiFi percuma.. Rumah yang aku duduk ada 4 orang. Aku cuma rapat dengan Zakwan je sebab yang dua orang lagi tu baru berapa hari dekat sini memang macam dah kena cultural shock. Rumah aku dekat dengan kampus, nak berlari ulang alik tu penat jugaklah. Tapi jalan kaki tak penat. Tempat aku duduk ni Berlin, boleh di kira sebagai bandar. Tak akan adalah masalah nak buang air kena angkat air semua tu. Kedai makan bersepah, Market bersepah. Tapi aku mintak Mama hantarkan barang dapur sebab barang dekat sini semua mahal.
Aku tak tau bila aku boleh update blog aku lagi sebab bulan 2 ni aku dah masuk lab. Macam2 benda kena buat dekat sini sebab Lab dia markah lebih kurang 70% .gila aku dekat sini.
By the way Budak Comel, Thanks sebab ajar saya buat Nasi Goreng hari tu. Sedap resipi yang awak ajar tu. Hari tu You ada tanya I kan..
"Agak2 You lupakan I tak bila You dah ada dekat sana??"
How I can forget You honey if Your name are my Phone and Computer password?
Love You to the moon and back sweetheart. <3 <3
No comments:
Post a Comment