Tuesday 25 March 2014

Smile.

Condolence and sorry for not there with you Baby.

04.02.2014

For those yang tak tahu, kakak kesayangan Budak Comel meninggal dunia pada tarikh tu. Aku tak minta lebih, aku cuma nak korang luangkan 3-4minit untuk sedekahkan Al-Fatihah dengan doa supaya dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Mungkin pada korang, aku ni bukan sesiapa dalam keluarga Budak Comel. Setakat kawan baik yang merangkap gelaran 'Lover' tak akan menjadikan kedudukan aku lebih istimewa dalam keluarga dia. Mungkin pada keluarga dia aku sama macam kawan dia yang datang dekat rumah ucapkan takziah dekat keluarga dia. Aku pun tak mengharapkan lebih.

Agak lama juga Budak Comel jadi murung. Dah 2 minggu lepas kakak dia meninggal, aku call dia.

"Hello"

"Hi! Nama saya Muhammad Faieszt Faurzan bin Aztmie. Umur saya 21 tahun. Saya belajar dekat German. Saya bakal engineer dan SAYA SAYANG AWAK"

Aku terus matikan call. Selang 5 minit dia hantar email.

"Hi! Nama saya Nur Haizatul Akma binti Ramlee. Umur saya 21 tahun. Saya belajar dekat Malaysia. Saya bakal editor buku dan SAYA SAYANG AWAK JUGAK"

Dengan P/s dekat bawah tu:

"You really made my day dear Lovie. I love you"

I love you to the moon and back Sweetheart!

Sunday 21 July 2013

Up. Up. Up

Result UPU dah keluar ea? Hahaha. Congratulation my dearest lover sebab dapat menjadi salah seorang yang bakal keluar dari rumah bulan 9 ni. OTS (On The Skype) dengan dia lepas dia dah dapat result UPU tu.

"Macam mana UPU?"
"Hmmm..Secret"
"Eh betul2 lah"
"Ala orang tak bagitau pun dia tahu kan?"
"Oh really? Con-gra-tu-la-tion my Baby. Dapat dekat mana?"
"Biasa je lah. Tak macam dia dekat Berlin"
"Baby, yang menentukan kita pandai ni bukan tempat kita belajar tapi diri kita sendiri. Baby ingat dekat tempat saya belajar ni tak ada ke orang bodoh"
"Siapa?"
"Terang lagi bersuluh, sayalah"

Okay, kita stop dekat situ. 

Bukan aku nak cakap semua tapi pada aku mostly, manusia ni suka sangat membandingkan antara diri dia dengan orang lain like..

1-Dia pakai baju original, aku ni takat mampu beli dekat bundle je.
2-Dia tu pandai, aku ni dah tenggelam kot kalau ada dekat tempat dia.
3-Tempat dia belajar lagi bagus dari aku, aku memang tak lah kalau tempat macam tu nak bagi aku belajar dekat situ.

Perasan tak yang benda tu yang menjatuhkan motivasi diri kau. Kau jangan asyik harap yang orang akan pujuk hati kau untuk kau. Kau sendiri yang kena cakap dekat diri kau 'kalau aku tak pandai macam dia pun aku still boleh buat apa yang dia buat'. Comparing yourselves with others cuma akan buatkan kau tak semangat untuk buat apa yang kau dah dapat.

 'Kau untunglah belajar dekat luar negara, kerja tentu2 kau dapat punya'

Okay, someone can look at the future. Hello, tak semestinya aku belajar dekat luar negara ni aku akan dapat kerja dengan sekali permohonan je. Tak semestinya aku belajar engineer ni aku akan end up jadi engineer satu hari nanti. Kita ni cuma boleh berusaha untuk gapai apa yang kita rancang tapi rancangan dari Maha Perancang lagi maha hebat dari apa yang kita rancang. 

Orang selalu tanya aku "Mesti best kan dekat Berlin, sejuk, salji". Jawapan aku ye, memang best dekat sini, dulu masa aku dapat tawaran pergi sini aku macam cakap dekat diri aku "Berlin Yawwww!" Aku punya excited nak pergi tu cuma Allah je yang tahu. Tapi pernah dengar kan kata pepatah 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negari sendiri'. Sebanyak mana pun duit kau, sebanyak mana pun emas yang kau ada, batu juga yang kau guna untuk buat rumah. Maksudnya sehebat mana pun negeri orang, kau tetap akan cakap yang tempat asal kau adalah yang paling terbaik yang kau pernah duduk.

Please lah stop membandingkan diri kau dengan orang lain. Aku teringat cerita yang Mama pernah cerita pada aku tentang percaya pada apa yang Allah dah tentukan untuk kita tu lebih baik dari apa yang kita sendiri rancang.

Ada satu pokok ni besar sangat dekat dalam hutan, impian pokok tu, dia nak gapai awan. Dia berusaha sangat untuk capai apa yang dia impikan tu, dia berusaha jadi pokok yang paling subur. Tapi tetap tak dapat juga gapai awan. Lepas dah lama dia cuba, dia tetap tak dapat nak capai awan. Dia putus asa. Satu hari datang sorang lelaki. Dia tebang pokok tu. Dia bawa balik rumah dan dilicinkan.

"Kau buatlah apa saja pada aku wahai tukang kayu. Aku sudah tidak bernilai lagi"

Tukang kayu tu sebenarnya pakar dalam mengukir. Tukang kayu tu jadikan dia satu sebagai ukiran yang sangat cantik sehingga dibida dengan harga yang sangat tinggi dalam pasaran. 

Semacam mana pokok tu serahkan diri dia pada tukang kayu, kita juga patut serahkan diri kita pada Allah lepas apa yang kita impikan tak dapat. Kita bayangkan yang kita ini 'pokok' dan Allah itu ialah 'Tukang Kayu yang Maha Mengukir'. 

Ingat yang 'ukiran' yang dibuat oleh Allah tak akan ada yang sama, tak akan ada yang ditiru atau tak akan ada yang boleh dibandingkan.

Failure isn't a crime. 

Sunday 30 June 2013

Home Sick

Congratulation for those yang dapat sambung belajar dekat IPT, IPTS, Politeknik, KKTM, atau mana-mana yang korang dapat. Pada yang tak pernah2 keluar dari rumah tu, tahniah anda bakal2 atau sudah merasa bagaimana keadaan masa homesick.

First time aku keluar dari rumah masa aku dapat pergi Teknik (dimana sekarang sudah dikenali sebagai Kolej Vokasional). Tapi aku tak kena homesick masa dekat situ. Mungkin masa tu aku patut besyukur yang Allah hidupkan aku dalam keadaan berpasangan iaitu aku kembar dengan Abang. Malam yang Mama tengah sibuk lipatkan baju aku, Papa tengah tengok TV cerita Die Hard. Aku bersuara.

"Papa, boleh tak Papa make our bed close to each other. Like, sebelah2"
"Mana boleh, it will decide by them"
"Tak nak lah, Papa try your very best untuk buat benda tu lah. Buat lah macam2 cara pun. Adik nak tidur sebelah Abang"

Papa aku memang cakap tak boleh. Masa daftar katil dengan dorm tu aku tak tau macam mana tapi Papa berjaya buat katil Abang sebelah dengan katil aku. Aku memang menghadap muka Abang je dari dalam perut sampai sekarang, so memang tak ada masalah. Sejauh mana pun aku pergi, berapa jauh pun aku keluar dari rumah, kalau Abang ada dengan aku masalah homesick tak akan melekat pada aku.

Tapi not fair lah kalau semua orang merasa homesick aku tak merasa. Aku masuk UTP yang aku kena homesick gila2. Mama, Papa dengan Abang baru je balik aku dah start rindu dorang gila2. Aku rasa macam aku nak balik time tu juga. Aku boleh rasa yang homesick aku agak teruk sebab aku setiap satu jam akan call sesiapa je dekat Johor. Aku tak ada lah call sampai menagis2, cuma tanya khabar. PRIDE aku tinggi weh! Orientasi aku tak pergi, lawat bagunan aku tak pergi, game sukaneka aku tak pergi. Aku asyik terperap dekat bilik je. 

Satu hari tu, aku tak tau kenapa. Handset orang yang aku selalu call tu semua mati. Bukan sorang dua, tapi semua. Papa, Mama, Kak Yana, Abang Amil, Abang dengan Budak Comel tu sekali. Semua tu yang aku call tak angkat. Time tu, air mata dah start keluar dari mata aku. Dah lah setiap kali aku keluar bilik semua orang pandang aku macam apa. Free advise! Seriously, kalau emosi kau tengah tak stabil, mentaliti kau juga tak akan stabil, that's why masa aku tengah homesick tu aku pandang orang sekeliling aku macam cakap2 belakang aku, kutuk2 aku, tak suka aku, sampai dorang mengutuk tikus pun aku rasa yang dia mengutuk aku.

Masa aku tengah down gila tu aku kenal Farith Petra. Dia cakap yang dia kawan Budak Comel dekat facebook. Dia bilik sebelah je. He help me to overcome my homesickness. Moral yang aku cuba nak cakap ialah, bila kau kena homesick kau kena cari kawan baru untuk ceritakan masalah kau. Kau tak boleh sentiasa call keluarga kau atau sesiapa yang buat kau rasa macam dekat rumah kau. Kau kena cari kawan baru untuk kau bina 'rumah' baru. 'keluarga' baru. 

Selalunya orang bila dah tengah macam ni baru rasa nikmatnya duduk rumah. Selalunya bila becuti, on the way balik rumah tu rasa macam tak nak balik rumah. Nak stay je dekat tempat bercuti. Kadang2 kita ni tak tau berharganya sesuatu benda kalau kita tak pandang dia dari sudut yang berbeza. Kita tak akan tahu bertapa cantiknya sesuatu kalau belum tengok something yang buruk. Macam Prince, budak kampus tak tau bertapa cantiknya dia bila lepas dijaga dengan betul, sebab dorang selalu nampak dia kucing yang selalu terbalikkan tong sampah untuk cari bacon yang dorang buang, makan benda sembarangan, bulu macam mop lantai,  tidur merata2. Hargai sesuatu walau seburuk mana pun sesuatu benda tu sebab satu hari nanti benda tu yang akan buatkan kau teringat sampai mati.

Lain kali aku cerita pasal Prince pulak.

Tuesday 25 June 2013

Respect Others

Okay, result dah keluar. Alhamdulillah maintain lagi macam dulu. Berbanding dengan Abang, result aku lebih baik dari dia.

Just so you know, aku belajar dekat Berlin, Abang aku belajar dekat Malaysia. Orang ramai cakap yang aku lebih pandai dari Abang aku. Dorang keep comparing aku dengan Abang aku sekarang, dorang cakap yang aku ni lebih pandai dari dorang, aku ni memang layak dekat tempat aku sekarang. Kesimpulannya dorang cakap yang aku ni lebih daripada Abang aku dalam segala hal.

Tapi dorang tak tau, yang aku ada Abang paling cool, paling baik, paling stylo, paling faham aku dalam dunia. Walaupun dia cuma 1 jam tua dari aku, aku hormat dia lebih dari aku pernah hormat sesiapa yang sebaya dia. Aku ada habit yang di mana bila Mama atau Papa aku tanya apa masalah aku, aku akan tipu cakap yang aku okay, tapi bila Abang aku start tanya apa masalah aku, aku akan menagis dekat depan dia masa tu juga. Tanpa aku suara apa2 dia akan faham aku dengan tengok cara aku dia.

Abang is the awesome guy yang Allah aturkan untuk teman aku dari dalam perut Mama sampai aku lahir dekat dunia ni. Aku tak pernah rasa aku malu jadi adik dia sebab aku lagi pandai dari dia, aku tak pernah rasa yang aku patut tinggikan suara aku bila bercakap dengan dia, aku tak pernah rasa yang aku patut kurangkan hormat aku dekat dia semata2 sebab aku ni boleh jadi lebih berjaya dari dia. Aku tak pernah balas pertanyaan Abang aku dengan ayat...

"Kau pehal nak sibuk hal aku?"
"Ada kena mengena dengan kau ke?"
"So?"

Sebab pada aku 3 ayat ni ialah jawapan yang paling kurang ajar seseorang untuk soalan. Aku tak rasa yang kepandaian ialah lesen untuk aku berhenti hormat adik beradik aku sendiri. Tak kira siapa yang aku jadi, berapa jauh aku akan pergi, keluarga aku juga yang aku akan cari kalau aku susah.

*Wipe your tears My Lover.

Friday 31 May 2013

Describing You with Your Favorite Movie.

Le Baby tiba2 mesej aku tanya pasal perangai dia.

"Pada You, I ni gedik ke? Mesti You annoy gila dengan perangai I sebab I ni gedik tak kira tempat, miang. malukan You dekat tempat ramai orang."

Dah kenapa dengan minah ni? Aku ada buat benda yang dia terasa ke? Lama juga aku nak ingat balik apa yang aku dah buat sepanjang hari ni sebab semalam kiteorang mesej okay je. Bergelak sakan.

"Sepanjang 7 tahun I dengan Sayang, I tak peranah rasa yang Sayang ni annoying, gedik semua tu. Sebab tu I still lagi dengan Sayang. I suka kalau You manja, dekat I sorang je"

Saya tak kira apa yang orang cakap pasal awak as long as you be yourself. Jangan berubah sebab orang lain suruh awak berubah. Berubah bila awak dah pasti yang awak akan berubah dan awak dah bersedia nak bangun pagi, tengok cermin dan cakap 'The old me are dead'.

Tapi kalau awak tak happy dengan perubahan yang awak akan buat, awak pasti yang awak tak akan mahu dengan perubahan tu, jangan berubah. Allah beri awak body tu bukan untuk puaskan hati orang lain. Allah ciptakan body tu khas untuk awak, tak ada penyewa, atau pemilik lain. CUMA AWAK. Jadi buat apa yang awak suka dengan diri tu. Jangan sebab perubahan awak tu, buat awak murung, tak selesa dengan diri awak sendiri.

Saya cakap macam ni sebab jujur saya tak pernah rasa annoy dengan perangai awak. Saya tak pernah anggap yang awak ni memalukan saya dengan perangai awak atau awak menjatuhkan imej saya sebagai seorang lelaki bila dengan awak. Mungkin orang yang suruh awak berubah sebab dorang tak kenal siapa awak yang sebenarnya. Atau mungkin sebab AWAK yang tak pamerkan siapa diri awak dekat dorang. Pedulikan apa yang orang nak cakap pasal awak. Dorang nak cakap yang awak ni GEDIK, MIANG, MURAH, TAK ADA MARUAH. Awak biarkan.  Sebab SAYA yang akan cari mereka-mereka yang cakap awak macam tu. So, stay calm and leave it to me. I know how to handle it well. Way too well.

Saya sayang awak.

Saya tahu yang selalunya saya yang buat benda yang dia cakap tu. Saya yang selalu gedik dekat awak, miang malam2 nak dengar suara awak. Tapi awak sanggup layan saya.

I'm sorry if sometimes I be like Harry Potter who want to show he is brave, strong in any kind of situation.
I'm sorry if my brain be like Ronald Weasley's who clueless, scared about everything.
I truly am sorry if I ever be like Draco Malfoy who mean, sharp tongue, and hurt you with my word

But believe me, whoever I be you always know how to act like Ginny Weasley, Hermione Ganger and Astoria Greengrass (I swear I google this name) in a right time, right act and right situation.

People just doesn't have a clue how happy I am to be your lover.

And one more.

I love you like Snape loves Lily.

Monday 22 April 2013

Mai Gad!!

Aku dah lama tak buka Facebook. Lagipun aku memang tak ada masa untuk layan Facebook tu 2, 3 jam baca status budak tak cukup umur mengadu pasal pakwe dia yang mainkan dia, curang dengan dia, sayang sangat kat dia, semua tu.
(Online. Scroll. Scroll. Scroll. Stop)

Sorang admin meletakkan gambar penyokong Parti Pas yang sedang solat dekat tengah jalan dengan caption 

"Pelik-pelik.. Dah tak ada masjid ke nak sembahyang? surau ke? Nak makan nasi pun basuh tangan.. Ini boleh sembahyang kat jalan yang tak tau bersihnya tahap mana.. Kot babi hutan lalu ke apa.. Anjing berak ke. Sembahyang sama bendera DAP "

Aku baca benda tu dua tiga kali. Rehat sekejap untuk fikirkan apa yang dia cakap. Selang 30 minit lepas tu aku terbangun.

"Ya Allah! Banyaknya solat yang aku kena ganti! Dah lah aku solat merata-rata. Dalam lab yang selalu tertumpah bahan kimia, belakang cafe yang orang selalu masuk tak buka kasut, stor tempat kerja yang aku boleh nampak kewujudan binatang seperti nyamuk dan lalat, belakang bangunan kosong yang mungkin pernah jadi sarang penagih. Dengan pakaian yang aku pakai ada tulisan Inggeris, gambar Bruce Lee, baju t-shirt yang ada tulsan jepun. Terlaratkan aku nak bayar solat ni?"

TeeHee!

Kau ni bangang ke apa? Please lah jangan menampakkan yang kau tu sangat bangang. Dekat sini aku solat dekat mana-mana sebab aku tak ada masa nak pergi masjid yang jauhnya lebih 4 kilometer semata-mata mahu menunaikan solat. Maaf, bukan aku cakap yang pergi ke masjid tu suatu pembaziran. Bayangkan gap antara kelas kau ialah 30 atau 15 minit, kau memang tak akan sempat untuk pergi ke masjid yang jauh macam tu. Islam ni mudah, jangan jadikan islam ni susah. 

Kalau ikut apa yang dia cakap. Pengembara tak akan solat lah kalau tak dapat cari masjid atau surau? Sebab tak boleh solat dekat tempat yang belum tentu suci dengan bersihnya. 

Aku tau sekarang ni tengah hebat berkempen untuk GE13. Tapi tolonglah jangan anggap apa yang parti yang kau tak suka tu semuanya salah, parti yang kau sokong je betul. Matlamat kewujudan parti sebenarnya sama iaitu nak tadbir negara dengan aman. Yang membezakan ialah cara pentadbiran je. Jangan lah tak suka sangat dengan orang yang tak sokong parti yang sama dengan kau. Manusia ni akal lain-lain, gaya pemikiran pun lain-lain.

Disebalik perang fahaman politik, aku perasan yang rakyat Malaysia juga terlibat dengan satu jenis perang baru. Perang 'Gwiyomi' 'Kiyomi' 'Giyoumi' (lantak lah macam mana korang eja) Benda ni terjadi dikalangan perempuan comel biasanya. Yang berlawanan sesama sendiri untuk menunjukkan siapa lebih comel walaupun tanpa sedar.

Pada aku tak payah lah Gwiyomi sangat. Kau pakai tudung, tutup aurat, jaga kelakuan. Itu dah cukup Gwiyomi pada aku. Mengada je kembung-kembungkan pipi, buat mata besar, muncungkan mulut semua tu. Baik kau belajar masak masa muda-muda ni. Dah kahwin nanti bukan comel kau yang Mak Mentua kau tengok. 

Comel kau tak boleh bagi anak dia kenyang pun.

Love You to the Moon and back Sweetheart!

Friday 12 April 2013

Should or Shouldn't

Aku dapat satu email dari makcik aku yang tengah binggung nak hantar anak dia belajar dekat mana lepas keputusan SPM dia yang agak tidak memberangsangkan Tetapi....Kenapa aku yang dia tanya? Kerana aku pandai sangat antara sedara, aku ni paling mahir dalam berkata-kata, atau aku ni memang ada bakat dalam menasihat orang? (Diam.Titik disitu sahaja)

Aku nak bagi nasihat pada yang rasa SPM dia hari tu kurang nak puaskan hati mak bapak dia. Yang rasa diri dia layak kerja je lepas result keluar dan yang rasa keputusan SPM dia tak dapat nak bagi dia kehidupan.

First of all, kenapa nak malu dengan apa yang kau dapat? Kalau itu yang terbaik yang kau lakukan, treasure it! Proud of it! Or think of it as a motivation to do better next time. Jangan anggap yang result kau tu penamat hidup. Kalau orang selalu cakap 'Memang kerja angkat sampah je lah kalau keputusan kau macam ni". Yang menentukan kau layak untuk dapat kerja apa ialah diri kau sendiri. Kau jangan biarkan mentaliti orang sekeliling kau, pengaruh kau. Korang ingat aku tak pernah rasa down ke? Family aku keep comparing me with my brother when we were both young (twins). You think I'm happy with that? No! So kenapa sekarang aku boleh prove yang I can do much better than my Abang yang still at Malaysia while I'm here, in Berlin? Sebab aku jadikan cemuhan orang tu untuk aku kedepan, bukan kebelakang. Pergi mati je dengan apa yang orang nak cakap because you know yourself better than those motherfucker.

Second. Kau tak tau nak pergi mana? Swastakan banyak.

"Kau ingat aku ni kaya nak masukkan kau dekat swasta?

Yeah. Heard those word since a very long time. Sebenarnya Mak kau tu bukan tak ada duit nak masukkan kau dekat swasta, tapi dia tak nak kau masuk swasta. Jujur aku cakap, masa aku mohon nak amik engineering dekat German-Malaysian Institude (GMI) ramai gila yang batah. Korang tau sebab apa? Sebab orang pandang pelajar yang masuk swasta ni budak-budak kurang cerdik je. Yes, Mama aku salah seorang yang termakan dengan benda tu. (Sorry Mama). Sebab aku sayang Mama aku, aku tak teruskan niat aku nak masuk GMI, terus masuk UTP. Sebenarnya, tak pun. Kawan aku yang MRSM, SMS, SBP, Kolej Melayu Kuala Kangsar yang dapat straight A, banyak je end up dekat kolej swasta. Kolej2 swasta ni memang suka membazir duit untuk hantar surat2 pada pelajar yang baru habis SPM. Try buka setiap satu surat yang kau dapat tu, manalah tau bidang yang kau minat, ada kolej yang tawarkan dekat kau. Masa aku dapat surat tawaran Kolej Mara Banting dalam bidang Medicine, kenapa aku tolak? Bila dengar KMB je semua respect, tapi aku tolak. Sebab aku nak amik bidang yang aku suka, bukan bidang yang datang pada aku. Pergi je dekat swasta, PTPTN banyak. Pedulikan je apa yang orang cakap.

Lastly. Mesti ada yang menyalahkan Allah kan sebab tak makbulkan doa kau untuk dapat keputusan baik? Kita siapa kalau nak dibandingkan dengan Allah? Kita ni hamba je. Kalau sesuatu yang Allah dah bagi dalam hidup kau, hargai sebab benda tu akan jadi sesuatu yang berguna dalam hidup kau. Allah aturkan supaya kau dapat keputusan macam tu, mungkin sebab kau bakal kecundang dekat universiti, mungkin sebab bila dekat swasta, kau dapat best student atau dapat penghormatan dekan. Aku ada satu cerita.

Ingat lagi tak cerita Titanic? Ingat lagi macam mana Jack boleh dapat tiket naik Titanic?

Aku bukan nak cerita pasal Jack, aku nak korang amik iktibar dengan kekalahan orang yang perjudikan tiket dia dekat Jack. Dia kalah, dia tak dapat naik Titanic. Bermakna dia hidup, kan? Kalau lah dia menang judi tu, itu mungkin jadi permulaan derita dia, yang terpaksa selamat kan diri dari kapal karam, akhirnya mati dekat tengah laut.

Kekalah dia adalah permulaan bahagia dia. Pada aku tu cara Allah nak selamatkan hidup dia. Kau kena ingat yang Allah tak akan selamatkan kau dengan mempamerkan lagak ngeri depan kau. Dia akan buat sikit-sikit supaya kau boleh bertatih ke atas. Kau kena rasa macam mana jatuh dulu baru kau akan tau macam mana cara untuk bangun semula. Maha bijaksana kan Allah?

So, buck up lah! Face it!

I love You to the Moon and back Sweetheart