Tuesday 25 March 2014

Smile.

Condolence and sorry for not there with you Baby.

04.02.2014

For those yang tak tahu, kakak kesayangan Budak Comel meninggal dunia pada tarikh tu. Aku tak minta lebih, aku cuma nak korang luangkan 3-4minit untuk sedekahkan Al-Fatihah dengan doa supaya dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Mungkin pada korang, aku ni bukan sesiapa dalam keluarga Budak Comel. Setakat kawan baik yang merangkap gelaran 'Lover' tak akan menjadikan kedudukan aku lebih istimewa dalam keluarga dia. Mungkin pada keluarga dia aku sama macam kawan dia yang datang dekat rumah ucapkan takziah dekat keluarga dia. Aku pun tak mengharapkan lebih.

Agak lama juga Budak Comel jadi murung. Dah 2 minggu lepas kakak dia meninggal, aku call dia.

"Hello"

"Hi! Nama saya Muhammad Faieszt Faurzan bin Aztmie. Umur saya 21 tahun. Saya belajar dekat German. Saya bakal engineer dan SAYA SAYANG AWAK"

Aku terus matikan call. Selang 5 minit dia hantar email.

"Hi! Nama saya Nur Haizatul Akma binti Ramlee. Umur saya 21 tahun. Saya belajar dekat Malaysia. Saya bakal editor buku dan SAYA SAYANG AWAK JUGAK"

Dengan P/s dekat bawah tu:

"You really made my day dear Lovie. I love you"

I love you to the moon and back Sweetheart!

No comments:

Post a Comment