Tuesday 25 June 2013

Respect Others

Okay, result dah keluar. Alhamdulillah maintain lagi macam dulu. Berbanding dengan Abang, result aku lebih baik dari dia.

Just so you know, aku belajar dekat Berlin, Abang aku belajar dekat Malaysia. Orang ramai cakap yang aku lebih pandai dari Abang aku. Dorang keep comparing aku dengan Abang aku sekarang, dorang cakap yang aku ni lebih pandai dari dorang, aku ni memang layak dekat tempat aku sekarang. Kesimpulannya dorang cakap yang aku ni lebih daripada Abang aku dalam segala hal.

Tapi dorang tak tau, yang aku ada Abang paling cool, paling baik, paling stylo, paling faham aku dalam dunia. Walaupun dia cuma 1 jam tua dari aku, aku hormat dia lebih dari aku pernah hormat sesiapa yang sebaya dia. Aku ada habit yang di mana bila Mama atau Papa aku tanya apa masalah aku, aku akan tipu cakap yang aku okay, tapi bila Abang aku start tanya apa masalah aku, aku akan menagis dekat depan dia masa tu juga. Tanpa aku suara apa2 dia akan faham aku dengan tengok cara aku dia.

Abang is the awesome guy yang Allah aturkan untuk teman aku dari dalam perut Mama sampai aku lahir dekat dunia ni. Aku tak pernah rasa aku malu jadi adik dia sebab aku lagi pandai dari dia, aku tak pernah rasa yang aku patut tinggikan suara aku bila bercakap dengan dia, aku tak pernah rasa yang aku patut kurangkan hormat aku dekat dia semata2 sebab aku ni boleh jadi lebih berjaya dari dia. Aku tak pernah balas pertanyaan Abang aku dengan ayat...

"Kau pehal nak sibuk hal aku?"
"Ada kena mengena dengan kau ke?"
"So?"

Sebab pada aku 3 ayat ni ialah jawapan yang paling kurang ajar seseorang untuk soalan. Aku tak rasa yang kepandaian ialah lesen untuk aku berhenti hormat adik beradik aku sendiri. Tak kira siapa yang aku jadi, berapa jauh aku akan pergi, keluarga aku juga yang aku akan cari kalau aku susah.

*Wipe your tears My Lover.

No comments:

Post a Comment