Sunday 30 June 2013

Home Sick

Congratulation for those yang dapat sambung belajar dekat IPT, IPTS, Politeknik, KKTM, atau mana-mana yang korang dapat. Pada yang tak pernah2 keluar dari rumah tu, tahniah anda bakal2 atau sudah merasa bagaimana keadaan masa homesick.

First time aku keluar dari rumah masa aku dapat pergi Teknik (dimana sekarang sudah dikenali sebagai Kolej Vokasional). Tapi aku tak kena homesick masa dekat situ. Mungkin masa tu aku patut besyukur yang Allah hidupkan aku dalam keadaan berpasangan iaitu aku kembar dengan Abang. Malam yang Mama tengah sibuk lipatkan baju aku, Papa tengah tengok TV cerita Die Hard. Aku bersuara.

"Papa, boleh tak Papa make our bed close to each other. Like, sebelah2"
"Mana boleh, it will decide by them"
"Tak nak lah, Papa try your very best untuk buat benda tu lah. Buat lah macam2 cara pun. Adik nak tidur sebelah Abang"

Papa aku memang cakap tak boleh. Masa daftar katil dengan dorm tu aku tak tau macam mana tapi Papa berjaya buat katil Abang sebelah dengan katil aku. Aku memang menghadap muka Abang je dari dalam perut sampai sekarang, so memang tak ada masalah. Sejauh mana pun aku pergi, berapa jauh pun aku keluar dari rumah, kalau Abang ada dengan aku masalah homesick tak akan melekat pada aku.

Tapi not fair lah kalau semua orang merasa homesick aku tak merasa. Aku masuk UTP yang aku kena homesick gila2. Mama, Papa dengan Abang baru je balik aku dah start rindu dorang gila2. Aku rasa macam aku nak balik time tu juga. Aku boleh rasa yang homesick aku agak teruk sebab aku setiap satu jam akan call sesiapa je dekat Johor. Aku tak ada lah call sampai menagis2, cuma tanya khabar. PRIDE aku tinggi weh! Orientasi aku tak pergi, lawat bagunan aku tak pergi, game sukaneka aku tak pergi. Aku asyik terperap dekat bilik je. 

Satu hari tu, aku tak tau kenapa. Handset orang yang aku selalu call tu semua mati. Bukan sorang dua, tapi semua. Papa, Mama, Kak Yana, Abang Amil, Abang dengan Budak Comel tu sekali. Semua tu yang aku call tak angkat. Time tu, air mata dah start keluar dari mata aku. Dah lah setiap kali aku keluar bilik semua orang pandang aku macam apa. Free advise! Seriously, kalau emosi kau tengah tak stabil, mentaliti kau juga tak akan stabil, that's why masa aku tengah homesick tu aku pandang orang sekeliling aku macam cakap2 belakang aku, kutuk2 aku, tak suka aku, sampai dorang mengutuk tikus pun aku rasa yang dia mengutuk aku.

Masa aku tengah down gila tu aku kenal Farith Petra. Dia cakap yang dia kawan Budak Comel dekat facebook. Dia bilik sebelah je. He help me to overcome my homesickness. Moral yang aku cuba nak cakap ialah, bila kau kena homesick kau kena cari kawan baru untuk ceritakan masalah kau. Kau tak boleh sentiasa call keluarga kau atau sesiapa yang buat kau rasa macam dekat rumah kau. Kau kena cari kawan baru untuk kau bina 'rumah' baru. 'keluarga' baru. 

Selalunya orang bila dah tengah macam ni baru rasa nikmatnya duduk rumah. Selalunya bila becuti, on the way balik rumah tu rasa macam tak nak balik rumah. Nak stay je dekat tempat bercuti. Kadang2 kita ni tak tau berharganya sesuatu benda kalau kita tak pandang dia dari sudut yang berbeza. Kita tak akan tahu bertapa cantiknya sesuatu kalau belum tengok something yang buruk. Macam Prince, budak kampus tak tau bertapa cantiknya dia bila lepas dijaga dengan betul, sebab dorang selalu nampak dia kucing yang selalu terbalikkan tong sampah untuk cari bacon yang dorang buang, makan benda sembarangan, bulu macam mop lantai,  tidur merata2. Hargai sesuatu walau seburuk mana pun sesuatu benda tu sebab satu hari nanti benda tu yang akan buatkan kau teringat sampai mati.

Lain kali aku cerita pasal Prince pulak.

No comments:

Post a Comment