Monday 22 April 2013

Mai Gad!!

Aku dah lama tak buka Facebook. Lagipun aku memang tak ada masa untuk layan Facebook tu 2, 3 jam baca status budak tak cukup umur mengadu pasal pakwe dia yang mainkan dia, curang dengan dia, sayang sangat kat dia, semua tu.
(Online. Scroll. Scroll. Scroll. Stop)

Sorang admin meletakkan gambar penyokong Parti Pas yang sedang solat dekat tengah jalan dengan caption 

"Pelik-pelik.. Dah tak ada masjid ke nak sembahyang? surau ke? Nak makan nasi pun basuh tangan.. Ini boleh sembahyang kat jalan yang tak tau bersihnya tahap mana.. Kot babi hutan lalu ke apa.. Anjing berak ke. Sembahyang sama bendera DAP "

Aku baca benda tu dua tiga kali. Rehat sekejap untuk fikirkan apa yang dia cakap. Selang 30 minit lepas tu aku terbangun.

"Ya Allah! Banyaknya solat yang aku kena ganti! Dah lah aku solat merata-rata. Dalam lab yang selalu tertumpah bahan kimia, belakang cafe yang orang selalu masuk tak buka kasut, stor tempat kerja yang aku boleh nampak kewujudan binatang seperti nyamuk dan lalat, belakang bangunan kosong yang mungkin pernah jadi sarang penagih. Dengan pakaian yang aku pakai ada tulisan Inggeris, gambar Bruce Lee, baju t-shirt yang ada tulsan jepun. Terlaratkan aku nak bayar solat ni?"

TeeHee!

Kau ni bangang ke apa? Please lah jangan menampakkan yang kau tu sangat bangang. Dekat sini aku solat dekat mana-mana sebab aku tak ada masa nak pergi masjid yang jauhnya lebih 4 kilometer semata-mata mahu menunaikan solat. Maaf, bukan aku cakap yang pergi ke masjid tu suatu pembaziran. Bayangkan gap antara kelas kau ialah 30 atau 15 minit, kau memang tak akan sempat untuk pergi ke masjid yang jauh macam tu. Islam ni mudah, jangan jadikan islam ni susah. 

Kalau ikut apa yang dia cakap. Pengembara tak akan solat lah kalau tak dapat cari masjid atau surau? Sebab tak boleh solat dekat tempat yang belum tentu suci dengan bersihnya. 

Aku tau sekarang ni tengah hebat berkempen untuk GE13. Tapi tolonglah jangan anggap apa yang parti yang kau tak suka tu semuanya salah, parti yang kau sokong je betul. Matlamat kewujudan parti sebenarnya sama iaitu nak tadbir negara dengan aman. Yang membezakan ialah cara pentadbiran je. Jangan lah tak suka sangat dengan orang yang tak sokong parti yang sama dengan kau. Manusia ni akal lain-lain, gaya pemikiran pun lain-lain.

Disebalik perang fahaman politik, aku perasan yang rakyat Malaysia juga terlibat dengan satu jenis perang baru. Perang 'Gwiyomi' 'Kiyomi' 'Giyoumi' (lantak lah macam mana korang eja) Benda ni terjadi dikalangan perempuan comel biasanya. Yang berlawanan sesama sendiri untuk menunjukkan siapa lebih comel walaupun tanpa sedar.

Pada aku tak payah lah Gwiyomi sangat. Kau pakai tudung, tutup aurat, jaga kelakuan. Itu dah cukup Gwiyomi pada aku. Mengada je kembung-kembungkan pipi, buat mata besar, muncungkan mulut semua tu. Baik kau belajar masak masa muda-muda ni. Dah kahwin nanti bukan comel kau yang Mak Mentua kau tengok. 

Comel kau tak boleh bagi anak dia kenyang pun.

Love You to the Moon and back Sweetheart!

No comments:

Post a Comment