Tuesday, 5 March 2013

Agama? Layakkah saya?

Sejak aku sambung belajar dekat German, aku dah buat account instagram for case mak bapak aku rindukan aku atau nak tengok macam mana saiz badan aku sekarang. Makin gemuk or makin kurus. Aku rasa makin sihat sebab makanan kalau tak makan satu hari tu memang rasa macam nak mati. Selalu memang aku upload gambar apa yang aku tengah buat. Like baca buku, buat experiment, semua tu aku masukkan dalam tu. Best amik gambar ni sebenarnya. Tapi ke-best-an aku terbantut hari ni sebab ada sorang yang follow aku dekat instagram tu tegur aku.

"Kau selalu upload gambar yang tak guna buat apa, baik kau upload gambar yang boleh menyedarkan  umat sikit. Hadis ke, firman Allah ke. Lagi lah dapat berkat!"

Aku ada sorang kawan masa aku dekat Malaysia. Nama dia Yus. Aku panggil dia Yus je. Kawan2 semua panggil dia Yus. Mak ayah dia pun panggil dia Yus. Maka nama itulah yang kami saya gunakan unuk memanggil dia tanpa bertanya siapa nama dia yang betul. 

Yus ni selalu bagi mesej yang jiwang2 dekat awek dia sampai awek dia cair gila dengan dia. Antara mesej yang selalu di hantar ialah.

Pertama: "Kalau awak nak tinggalkan saya saya sanggup naik bas balik kampung semata2 nak pujuk awak, Kalau bas tak ada saya berlari wak. Saya tak boleh hidup tanpa awak"

Kedua: "Awak nampak tak bulan tu? Itulah saya, saya selalu dengan awak"

Ketiga: "Saya tak peduli orang nak cakap apa pasal awak, yang penting saya sayang awak lebih dari apa2 pun"

Meremang bulu roma aku menaip ayat2 ni okay!Kenapa boleh ingat? Sebab Yus ni selalu gunaka ayat yang sama dengan setiap perempuan yang jadi awek dia. Punya lah dia bersumpah setia bagai tak nak pisah dengan perempuan tu padahal pergi kursus kahwin pun belum. Tapi bila time putus tu dia buat perangai sial dia dengan mainkan duit perempuan semua tu. 

Moral yang aku cuba nak bagitau dekat korang ialah. Tak semestinya orang yang selalu post benda2 islamik tu baik2. Buat apa aku nak post benda islamik macam hadis2 kalau aku sendiri tak mengamalkan apa yang aku post? Kalau Allah tanya, apa yang aku nak jawab?

Aku tak post bukan sebab aku rasa malu nak jadikan diri aku ni nampak alim dekat mata semua orang. Aku belum rasa yang aku layak untuk dianggap semacam tu punya rupa sebab aku ni hidup pun perlukan orang untuk pimpin aku lagi. Belum ada tongkat sendiri pun untuk berjalan sorang2.

Buat apa berlagak alim dekat mata manusia kalau pada pandangan Allah kita ni belum layak untuk cium bau syurga.?
Buat apa sibuk mahu membetulkan orang kalau sendiri sudah pasti kekurangannya?
Buat apa sibuk mempopularkan diri hingga boleh dianggap sebagai imam kalau Nabi Muhammad pun kita belum tentu akan panggil kita solat dengan dia atau tidak?
Buat apa menegakkan agama kalau dalam diri tak ada lantai pun untuk mendirikan tiang agama?
Buat apa mahu memutihkan hati insan lain kalau dalam diri sendiri belum tentu bersihnya?

Assalamualaikum.

Love You to the Moon and back Sweetheart

No comments:

Post a Comment